[TERKINI] AS Turunkan Tarif ke 19% Terhadap Malaysia – Semak Laporan Penuh Di Sini
BISNES

Trump tangguh pengumuman tarif selepas berbincang - PM Anwar

Madiha Abdullah 31/07/2025 | 04:32 MYT
Anwar berkata perbincangan menerusi panggilan telefon itu melibatkan pelbagai aspek termasuk rundingan yang sedang digerakkan. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, bersetuju untuk menangguhkan pengumuman kadar tarif baharu selepas satu sesi perbincangan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut melibatkan isu perdagangan bebas dan rundingan dua hala.


Ringkasan AI
  • Presiden Donald Trump bersetuju menangguhkan pengumuman tarif baharu selepas panggilan telefon dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  • Perbincangan melibatkan isu perdagangan bebas, rundingan dua hala, dan usaha MITI bersama Wakil Perdagangan AS (USTR) untuk mencapai kesepakatan.
  • Malaysia menegaskan komitmen terhadap perdagangan bebas dan adil, serta memperjuangkan kepentingan negara membangun dalam sistem global.
  • Trump turut mengesahkan kehadiran ke Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang akan berlangsung Oktober ini di Kuala Lumpur.


Perdana Menteri berkata perbincangan menerusi panggilan telefon itu melibatkan pelbagai aspek termasuk kerjasama perdagangan, semangat perdagangan bebas serta rundingan yang sedang digerakkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) bersama Wakil Perdagangan Amerika Syarikat (USTR).

“Hasil beberapa penjelasan yang saya sampaikan, beliau (Trump) memutuskan untuk menangguhkan pengumuman kadar tarif yang sepatutnya dibuat keesokan hari. Kita berdoa agar pengumuman itu tidak akan membebankan ekonomi negara kita,” katanya di Parlimen hari ini.

Menurut beliau, rundingan itu mencerminkan pendekatan diplomatik Malaysia yang berprinsip dan terbuka, selari dengan usaha memperkukuh hubungan ekonomi dengan kuasa besar dunia tanpa menjejaskan kepentingan negara.

Malaysia juga menegaskan komitmen terhadap prinsip perdagangan bebas dan adil, selain terus aktif memperjuangkan kepentingan negara membangun dalam kerangka perdagangan global.

Dalam perkembangan berkaitan, Presiden Trump turut mengesahkan kehadiran beliau ke Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang dijadualkan berlangsung pada Oktober ini.




#Anwar Ibrahim #Amerika Syarikat #Donald Trump #tarif #RMK13 #terkini