KUALA LUMPUR: Mercu tanda ikonik, Tun Razak Exchange (TRX) yang dirasmikan sebagai Pusat Kewangan Antarabangsa Malaysia, baru-baru ini, dijangka terus menjadi pemacu transformasi dan pemangkin inovasi, keusahawanan selain aspek penciptaan pekerjaan.
Ketua Pegawai Eksekutif TRX City Sdn Bhd (TRXC), Datuk Azmar Talib berkata, TRX juga memaparkan keperluan Malaysia iaitu destinasi serba moden, mantap dan mampan yang menggalakkan pertumpuan minda perniagaan hebat bagi membentuk masa depan.
"Tempoh membangunkannya memakan masa 10 tahun dan kini TRX menjadi bukti visi impian besar Malaysia mewujudkan sebuah hab kewangan antarabangsa bertaraf dunia yang seiring dengan cita-cita negara untuk bersaing di pentas global," katanya dalam satu kenyataan.
TRXC, anak syarikat milik penuh Menteri Kewangan (Diperbadankan), adalah pemaju induk daerah kewangan berkenaan.
Tersergam di kawasan seluas 28.33 hektar, TRX yang terletak di tengah-tengah ibu negara, juga mengetengahkan infrastruktur moden dan kemudahan terkini.
Azmar berkata, TRX muncul sebagai hab perniagaan global yang dibarisi pelbagai syarikat serta komuniti lebih daripada 30,000 pekerja, termasuk 20,000 bergelar pekerja berpengetahuan.
"Pencapaian ini tidak mungkin dapat diraih tanpa sokongan rakan dalam kerajaan, pelabur yang yakin dengan Malaysia serta peluang yang ada dan menjadikan TRX dibarisi syarikat-syarikat mewah global serta tempatan," katanya.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah merasmikan TRX sebagai Pusat Kewangan Antarabangsa Malaysia pada 23 Feb, 2024.
Pada majlis itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan turut mengumumkan TRX menikmati status istimewa dengan tawaran insentif bagi syarikat yang memindahkan operasi mereka ke situ seperti elaun bangunan industri, pengecualian cukai 70 peratus daripada pendapatan berkanun selama lima tahun untuk pemaju hartanah dan pengecualian duti setem bagi perjanjian pinjaman serta perkhidmatan.
Rakan pelaburan TRX termasuk Kumpulan Lendlease dari Australia, Kumpulan Mulia dari Indonesia, HSBC Malaysia, AFFIN Group, CORE Precious Development Sdn Bhd, Veolia, IJM Group dan Prudential Malaysia.
Azmar berkata, menerusi pembukaan (komponen runcit) The Exchange TRX dan TRX City Park seluas 4.04 hektar pada November, kawasan itu telah menerima kehadiran kalangan rakyat tempatan serta pelancong antarabangsa yang lebih meluas.
"Orang ramai memberi sambutan hebat terhadap komponen runcit dan gaya hidup kami. TRX kini menjadi simbol pembandaran yang sofistikated dan semakin pantas menjadi Daerah Pusat Perniagaan baharu Kuala Lumpur," katanya. - BERNAMA
Bernama
Fri Mar 15 2024
Mercu tanda ikonik, TRX yang dirasmikan sebagai Pusat Kewangan Antarabangsa Malaysia, baru-baru ini, dijangka terus menjadi pemacu transformasi dan pemangkin inovasi, keusahawanan selain aspek penciptaan pekerjaan. - Gambar fail/www.exchange106.my
Malaysia amalkan dasar luar yang seimbang, elak provokatif - Anwar
Malaysia mengamalkan pendekatan dasar luar yang seimbang antara Barat dan Timur, selain mengelakkan sebarang keadaan yang dilihat sebagai provokatif, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anjing kejar budak berjaya ditangkap, ada pemilik - PBT
Majlis Perbandaran Manjung (MPM) berjaya menangkap tiga ekor anjing yang dipercayai mengejar seorang kanak-kanak lelaki hingga nyaris digilis kereta pada Sabtu.
Fokus Minggu Depan: Soladiriti Gaza merantasi bangsa dan agama
Break The Siege: Fokus Minggu Depan membincangkan topik Solidariti Gaza Merentasi Bangsa dan Agama susulan penangguhan misi penghantaran bantuan ke Gaza anjuran Freedom Flotilla Coalition (FFC).
Boling padang: Daripada jaguh kampung, Farah Ain kini bergelar jaguh dunia!
Farah Ain berjaya menempatkan dirinya di puncak dunia dengan menggondol pingat emas perseorangan wanita di Kejohanan Boling Padang Dalam Dewan Dunia, Guernsey.
Kekejaman Zionis: Angka kematian meningkat ke lebih 34,000
Sekurang-kurangnya lapan rakyat Palestin terbunuh dan berpuluh-puluh cedera pada petang Jumaat dalam serangan Israel ke atas kem pelarian Nuseirat di tengah Gaza.
Pertumbuhan saksama: Penglibatan negara maju penting
Tengku Zafrul melihat kerjasama dan penglibatan negara maju sebagai aspek penting dalam membantu membawa kemampanan dan pertumbuhan yang seimbang.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PH lancar manifesto minggu depan
Calon PH Pang Sock Tao akan melancarkan manifesto sempena PRK Kuala Kubu Baharu minggu depan.
SPRM siasat pemimpin kanan di utara tanah air
Seorang pemimpin kanan di utara tanah air disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
TH tanggung lebih RM350 juta kos tunai haji tahun ini
Lembaga Tabung Haji (TH) menanggung lebih RM350 juta membabitkan kos langsung dan tidak langsung tunai haji menerusi Bantuan Kewangan Haji pada tahun ini.
Musim haji: Persiap diri, jaga keselamatan dan kesihatan - Sultan Selangor
Sultan Sharafuddin menasihatkan jemaah agar membuat persiapan fizikal, emosi dan ilmu pengetahuan dengan sebaiknya.
Tun Razak Exchange pacu transformasi ekonomi, pemangkin inovasi - CEO TRXC
TRX menjadi bukti visi impian besar Malaysia mewujudkan sebuah hab kewangan antarabangsa bertaraf dunia.
Pembangunan Bandar Malaysia dimulakan selepas TRXC terima bayaran
Bandar Malaysia, satu-satunya pembangunan bandar terbesar di rantau ini akan dimulakan selepas penyelesaian pembayaran sebanyak RM1.24 bilion oleh IWH-CREC Sdn Bhd kepada dibayar kepada TRX City
TRX tidak perlu diselamat kerana ia boleh bawa untung, kata Najib
Beliau berkata, pengambilalihan TRXC dengan nilai nominal RM1 berkuatkuasa 31 Mac 2017, merupakan langkah penting dalam pelan rasionalisasi 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang lebih meluas.
'Namanya Tun Razak, bukan Najib Razak' - Guan Eng mahu identiti TRX kekal
Projek Tun Razak Exchange (TRX) berkeluasan 70 ekar itu akan kekal dengan namanya.