awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis kenal pasti semua 40 mangsa kebakaran bar di pusat peranginan ski Switzerland
AS tidak akan mentadbir Venezuela, tetapi akan beri tekanan perubahan melalui sekatan minyak
Mayat jurulatih bola sepak Sepanyol ditemukan selepas tragedi kapal di Indonesia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ucrest meterai MoU urus pengeluaran vaksin Sputnik V Rusia

Bernama
Bernama
09/04/2021
23:35 MYT
Ucrest meterai MoU urus pengeluaran vaksin Sputnik V Rusia
UCrest rancang selia kontrak pembuatan vaksin Sputnik V Rusia di Asia susulan pemeteraian MoU dengan RDIF. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: UCrest Bhd merancang untuk menyelia kontrak pembuatan vaksin Sputnik V Rusia di Asia susulan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) dengan dana kekayaan negara Russian Direct Investment Fund (RDIF).
Di bawah MoU itu, syarikat akan mengenal pasti, memperakui dan menguruskan pengeluar kontrak untuk menghasilkan vaksin COVID-19 untuk RDIF, kata penyedia perkhidmatan kesihatan mudah alih dan hospital awan itu.
RDIF bertanggungjawab untuk pengkomersialan Sputnik V yang dibangunkan oleh Gamaleya National Research Institute of Epidemiology and Microbiology.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, UCrest berkata pihaknya bertanggungjawab untuk mengenal pasti, mengatur dan menyelia pembuatan kontrak di Asia untuk vaksin Sputnik V di pelbagai kemudahan pembuatan yang sesuai.
Sementara itu, RDIF akan bertanggungjawab untuk pemindahan teknologi dan pembelian 100 peratus pengeluaran tersebut.
"RDIF akan membeli daripada UCrest dan komited untuk mengambil atau membayar vaksin yang dihasilkan," katanya.
Menurut UCrest, MoU itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan masa depan dan aset bersih sesaham.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sputnik V
#COVID-19
#vaksin
#Rusia
#UCrest
#Russian Direct Investment Fund
#RDIF
#Bursa Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan