KEPALA BATAS: UDA Holdings Bhd, agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop), menyasarkan jualan 311 unit hartanah di Pulau Pinang pada tahun ini.
Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif UDA, Datuk Mohd Salem Kailany berkata syarikat tersebut komited menyediakan pelbagai rangkaian produk hartanah untuk semua peringkat atau lapisan masyarakat, selari dengan peranannya dalam meningkatkan urbanisasi seterusnya menggalakkan pemilikan hartanah.
"Di Pulau Pinang, UDA menawarkan empat produk hartanah merangkumi unit komersial seperti kedai pejabat Elevate @ Gravitas, unit kediaman seperti kondominium Evoke Residence, rumah berkembar serta rumah banglo tiga tingkat Crescent Dew, Bertam dan kediaman apartmen Amaanee Residences @ Wakaf Seetee Aisah.
"Semoga usaha menggalakkan pemilikan hartanah ini juga dapat menyumbang ke arah kesejahteraan masyarakat bertepatan dengan konsep Malaysia Madani," katanya ketika berucap di Majlis Uda Ria Raya di sini semalam.
Katanya sebagai pelopor pembangunan hartanah wakaf, UDA sentiasa proaktif membangunkan projek di atas tanah wakaf bagi meningkatkan nilai tanah tersebut seterusnya memacu ekonomi ummah.
Tambahnya Amaanee Residences @ Wakaf Seetee Aisah merupakan salah satu hartanah wakaf yang ditawarkan di Pulau Pinang, yang merupakan produk kediaman apartmen 40 tingkat dengan tiga bilik tidur dan dua bilik mandi, meliputi dua jenis keluasan iaitu 950 dan 1,100 kaki persegi.
Sebanyak 422 unit kediaman Amaanee Residences @ Wakaf Seetee Aisah dibangunkan di lokasi strategik di Seberang Jaya dengan harga mampu milik bermula daripada RM299,991 hingga RM414,447 seunit.
Kediaman kondusif yang berpagar serta berpengawal itu sesuai untuk pasangan baru berkahwin atau keluarga kecil selain turut menawarkan pelbagai kemudahan seperti taman permainan, kolam renang, jakuzi, gimnasium, tempat letak kenderaan berbumbung, dewan serbaguna, taska dan bilik pengurusan jenazah.
Selain itu, katanya terdapat beberapa lagi projek yang bakal dilancarkan tidak lama lagi termasuk projek Crescent Dew Fasa 1B di Bertam, merangkumi pembinaan rumah berkembar dan banglo dua tingkat serta 32 unit kedai pejabat di Wakaf Seetee Aisah 2.
--BERNAMA
Bernama
Sat May 20 2023
UDA sentiasa proaktif membangunkan projek di atas tanah wakaf bagi meningkatkan nilai tanah tersebut seterusnya memacu ekonomi ummah.
Keluarga mohon bantuan kesan anak dikhuatiri hilang
Anak kedua daripada empat beradik itu dilihat keluar dari rumah pada 20 Feb lalu, kira-kira jam 10.30 pagi dengan menaiki motosikal.
Piala Asia B-23: Indonesia hantar Korea Selatan pulang dari Qatar 2024
Penjaga gol Garuda Muda, Ernando Ari muncul wira selepas menafikan dua sepakan penalti bagi mengakhiri cabaran Young Taegeuk Warriors.
LATAR umum penutupan sementara persimpangan Ijok, Puncak Alam
Penutupan itu untuk memberi laluan kepada kerja-kerja pemasangan rasuk jambatan bagi menyiapkan persimpangan Eco Business Park V.
Sirah Nabi Muhammad SAW akan ‘lebih hidup’ selepas ini…
Penerokaan teknologi ini yang dibuat kerajaan Arab Saudi mampu mencambah pemahaman umat Islam yang mengunjunginya.
Malaysia tidak lupa pengorbanan wira perang Australia dan New Zealand di Sandakan
Katanya, kenangan mengenai tawanan perang yang menderita ketika kejadian kawad maut yang terkenal itu terukir di Taman Peringatan Sandakan.
AWANI Pagi: Kesan kesihatan makan lewat malam
Benarkah dakwaan makan lewat malam boleh mengakibatkan masalah kesihatan dan obesiti, hingga wujud desakan kedai makan 24 jam dilarang beroperasi 24 jam? Ikuti penjelasannya bersama Prof Dr Norhasmah Sulaiman, Profesor Jabatan Pemakanan, Fakulti Perubatan dan Sains, Kesihatan Universiti Putra Malaysia.
Amnesty gesa universiti AS tarik balik tindakan keras terhadap protes Gaza
Dalam satu laporan, badan pemantau hak asasi mengutuk penindasan ke atas pelajar yang melakukan protes terhadap perang di Gaza.
Ruhainies mohon maaf kepada Bella Astillah, luah hasrat untuk bertemu
"Dengan rasa rendah hati, saya ingin mohon maaf kepada Bella Astillah atas segalanya yang telah berlaku."
Universiti perlu tapis aktiviti namun tidak sehingga ganggu keterbukaan, autonomi - Pakar
Abu Hafiz berpandangan ia perlu dilaksana bagi mengelakkan kontroversi khususnya membabitkan isu sensitif serta polisi negara.
'Man Kubur' tolak rasa malu, teruskan legasi ayah hasilkan kepok kubur
Dikman mengakui minat terhadap pembuatan kepok timbul sejak di bangku sekolah rendah lagi apabila sering membantu bapanya di bengkel.
UDA Holdings sasar jualan 311 unit hartanah di Pulau Pinang tahun ini
Syarikat tersebut komited menyediakan pelbagai rangkaian produk hartanah untuk semua peringkat atau lapisan masyarakat.
UDA pergiat inisiatif tangani rasuah dalam sektor pembinaan
Pakatan Integriti Perolehan berkenaan merupakan deklarasi UDA bersama rakan niaganya untuk bersama-sama menangani sebarang gejala rasuah dan salah laku.
Felcra Berhad lantik tiga ahli lembaga pengarah baharu
Datuk Maznah Abdul Jalil; Dr Suzana Idayu Wati Osman dan Mohd Salem Kailany, dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Felcra Berhad yang baharu berkuatkuasa 13 Nov 2018.