BISNES
UDA optimis prospek pasaran hartanah 2026 kekal berdaya tahan
Fokus UDA pada 2026 dalam pembangunan hartanah pula adalah untuk memenuhi keperluan perumahan yang berkualiti, strategik dan mampu milik yang menawarkan gaya hidup berteraskankelestarian. - Foto UDA Holdings Bhd
KUALA LUMPUR: UDA Holdings Bhd optimis prospek pasaran hartanah negara kekal berdaya tahan dengan pertumbuhan lebih bersasar tahun ini, dipacu oleh pelbagai inisiatif utama yang dilaksanakan kerajaan dalam merangsang pemilikan serta mengekalkan kestabilan pasaran domestik.
Ringkasan AI
Pemangku Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif UDA, Azrudyn Rashid berkata keyakinan itu diperkukuh menerusi komitmen terhadap sokongan reformasi struktur mengikut kerangka Ekonomi MADANI dan Rancangan Malaysia Ke-13.
"Antara inisiatif adalah pembangunan Residensi MADANI, lanjutan pengecualian duti setem bagi pembelian rumah pertama sehingga RM500,000 serta pengenaan duti setem ke atas surat cara pindah milik rumah kediaman oleh bukan warganegara dan syarikat asing bagi mewujudkan pasaran lebih seimbang.
"Selain itu, sepanjang 2025, pasaran hartanah negara dilaporkan mencatatkan aktiviti pasaran yang stabil dengan peningkatan nilai transaksi serta menunjukkan momentum pemulihan yang kukuh menjelang suku ketiga," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Beliau berkata fenomena itu menandakan pasaran yang semakin berdaya tahan serta terus berkembang secara berperingkat dalam menghadapi cabaran pasaran khususnya dalam segmen kediaman dan hartanah berkualiti.
Mengulas prestasi syarikat, Azrudyn berkata UDA komited untuk memaksimumkan prestasi kewangan serta memastikan setiap inisiatif memberi manfaat menyeluruh kepada pihak berkepentingan bagi memenuhi mandat yang dipertanggungjawabkan seterusnya menyokong aspirasi kerajaan dalam menyediakan kediaman mampu milik kepada masyarakat.
Beliau berkata fokus UDA pada 2026 dalam pembangunan hartanah pula adalah untuk memenuhi keperluan perumahan yang berkualiti, strategik dan mampu milik yang menawarkan gaya hidup berteraskankelestarian.
"Tahun ini, kami berhasrat melancarkan hampir 1,000 unit pembangunan kediaman dan ruang komersial melalui tiga projek di Johor Bahru, serta masing-masing satu projek di Ipoh, Perak dan Pekan, Pahang yang dijangka memberi kesan limpahan positif kepada ekonomi dan masyarakat setempat, di samping memperkukuh kedudukan sebagai antara peneraju dalam industri hartanah negara," katanya.
Azrudyn berkata selain itu, UDA akan memperuntukkan RM2.3 juta tahun ini bagi memperkasa lebih 600 usahawan kecil dan sederhana bumiputera di seluruh negara.
"Inisiatif ini memberi tumpuan kepada penyediaan ruang niaga, peluasan akses pasaran serta pengukuhan rantaian bekalan, antaranya melalui Program Insentif Usahawan UDA (PIUU) yang menawarkan kemudahan sewaan dan tapak sementara bagi menyokong kemasukan serta kelangsungan perniagaan oleh usahawan kecil dan sederhana.
"Selain itu, penubuhan Hab Usahawan Malaysia (MEH) sebagai hab keusahawanan di lokasi strategik bandar menyediakan ruang niaga bersepadu kepada usahawan," katanya.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- UDA Holdings Bhd optimis prospek pasaran hartanah negara kekal berdaya tahan tahun ini dengan pertumbuhan lebih bersasar, berdasarkan pelbagai inisiatif kerajaan dalam merangsang pemilikan hartanah.
- Inisiatif seperti Residensi MADANI, pengecualian duti setem untuk rumah pertama sehingga RM500,000, dan pengenaan duti setem ke atas surat cara pindah milik rumah kediaman oleh bukan warganegara dan syarikat asing akan mewujudkan pasaran hartanah yang lebih seimbang.
- UDA berkomitmen pada 2026 untuk melancarkan hampir 1,000 unit pembangunan kediaman dan ruang komersial di beberapa lokasi, serta memperuntukkan RM2.3 juta bagi memperkasa lebih 600 usahawan kecil dan sederhana bumiputera di seluruh negara.