JOHOR BAHRU: Selaku rakan digital pilihan bagi Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) di negara ini, Unifi Business memainkan peranan penting dalam membantu usahawan tempatan memperkasakan perniagaan mereka.

Ketua Unifi Business Negeri Johor, Fauzah Danila berkata, pihaknya komited untuk memastikan potensi usahawan PMKS dapat dikembangkan menerusi transformasi digital.

Beliau berkata, ledakan digital perlu dimanfaatkan sepenuhnya oleh pemain-pemain industri untuk lebih berdaya saing dalam pasaran.

Justeru, katanya Unifi Business turut menawarkan khidmat penyelesaian perniagaan yang komprehensif, bagi merealisasikan hasrat berkenaan.

"Pelaksanaan pendigitalan secara tepat adalah langkah paling wajar dan pada saya, perlu untuk usahawan PMKS ini mendigitalkan perniagaan mereka,

"Kami di Unifi Business turut bersedia membantu dengan penyelesaian perniagaan yang menyeluruh, termasuklah penyelesaian digital yang lengkap, pasukan tempatan yang bertauliah dan sokongan perniagaan melalui Unifi Business Club," katanya.

Fauzah (dua, kiri) bersama Siti Zulhijjah (kanan) Pengasas SZH  Rich Resources Sdn Bhd, pelanggan pakej DMS  Unifi Business.

Menurut beliau, sektor ekonomi negara kini berkembang pesat dan usahawan tempatan berdepan cabaran besar untuk menembusi pasaran.

Jelas Fauzah, justeru wajar untuk mereka mengadaptasi pendigitalan bagi membolehkan perniagaan mereka maju ke hadapan dan lebih menonjol.

"Kami di Unifi Business menyediakan penyelesaian perniagaan lengkap untuk membantu percepatkan pendigitalan yang turut dikuasakan dengan internet yang pantas dan stabil, di samping berpandukan kepada tiga teras utama penyelasaian perniagaan.

"Teras pertama, kami menyediakan penyelesaian perniagaan menyeluruh termasuk penyelesaian digital yang komprehensif meliputi penyelesaian pemasaran digital, hab eDagang, selain Setoran Awan dan Keselamatan Siber Kaspersky Small Office Security, yang merangkumi keperluan pelbagai perniagaan," jelas Fauzah.

Tambahnya, teras kedua melibatkan sokongan khidmat nasihat dan bimbingan secara percuma daripada 600 perunding perniagaan, serta lebih daripada 100 org pakar digital bertauliah ICDL, seluruh negara.

Katanya, teras ketiga membabitkan perkhidmatan Unifi Business Club yang menawarkan akses kepada informasi tanpa had berkenaan perniagaan dan pemasaran digital.

Beliau berharap, para usahawan yang berminat untuk menyertai inisiatif itu supaya menghadirkan diri ke reruai Unifi Business di Toppen Shopping Centre, Tebrau, di sini, bersempena Jelajah Jiwa SME 2023 yang dianjurkan Astro AWANI, pada Sabtu dan Ahad.

Mereka juga boleh melayari lawan web http://www.unifi.com.my/business/totalsolutions bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai penyelesaian perniagaan yang disediakan oleh Unifi Business.