awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Kit ujian kehamilan disimpan sebagai kenangan? Amalan nampak manis tapi sebenarnya berisiko
Fasa pertama pilihan raya umum Myanmar selesai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Unit Ranhill jual 60% kepentingan dalam RWHK kepada SIIC Environment Holdings

Bernama
Bernama
01/09/2016
05:38 MYT
Unit Ranhill jual 60% kepentingan dalam RWHK kepada SIIC Environment Holdings
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Ranhill Tan Sri Hamdan Mohamad berkata pelan penjualan itu adalah selari dengan cadangan untuk menjalin usaha sama strategik bagi meluaskan operasi di China. - Astro AWANI / Fail
Anak syarikat milik penuh Ranhill Holdings Bhd, Ranhill Water Technologies (Cayman) Ltd (RWT Cayman), merancang menjual 60 peratus kepentingan dalam unitnya, Ranhill Water (Hong Kong) Ltd (RWHK), kepada SIIC Environment Holdings Ltd melibatkan bayaran RM167 juta.
Pembayaran itu akan diselesaikan secara tunai, dan kedua-dua syarikat akan menandatangani perjanjian jual beli dalam tempoh 30 hari mulai tarikh persetujuan perjanjian terbabit.
Dalam satu kenyataan, Ranhill berkata RWT Cayman telah menandatangani perjanjian dengan SIIC Environment Holdings Ltd (SIIC) yang berpangkalan di Singapura, semalam berhubung rancangan penjualan itu.
Ranhill berkata SIIC juga bersetuju menyediakan US$30 juta pinjaman pemegang saham kepada RWHK, selari dengan pegangan saham, setelah cadangan penjualan selesai.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Ranhill Tan Sri Hamdan Mohamad berkata pelan penjualan itu adalah selari dengan cadangan untuk menjalin usaha sama strategik bagi meluaskan operasi di China.
"Kami menjangkakan SIIC dan anak syarikatnya mungkin dapat membuka peluang pelaburan yang besar untuk Ranhill di China.
"Ini bukan sekadar penjualan aset, malah dalam pembentukan perkongsian strategik dengan SIIC dan anak-anak syarikatnya," katanya.
Harga saham Ranhill tidak berubah pada 96 sen dengan 27,000 saham bertukar tangan.
SIIC kini mempunyai lebih 80 projek rawatan dan bekalan air, dengan jumlah kapasiti reka bentuk lebih daripada tujuh juta tan sehari dan empat projek insinerator sisa di 15 pihak berkuasa tempatan.
Topic Berkaitan
#Ranhill Holdings Bhd
#SIIC Environment Holdings
#Tan Sri Hamdan Mohamad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan