BISNES
Unit SapuraKencana Petroleum peroleh kontrak US$40 juta
SapuraKencana Petroleum Bhd mengumumkan anak syarikat milik penuhnya, Crest Tender Rigs Pte Ltd, memperoleh kontrak bernilai US$40 juta daripada PTTEP International Limited (PTTEPI) untuk membekalkan perkhidmatan pelantar bantuan tender bagi pelantar bantuan tender SKD T-9.
Pelantar bantuan tender merupakan pelantar penggerudian kos efektif di kawasan laut dalam yang boleh mempercepatkan operasi penggerudian.
PTTEPI, syarikat perkhidmatan eksplorasi dan pengeluaran petroleum yang berpangkalan di Thailand berhasrat menggunakan SKD T-9 bagi kempen penggerudian pembangunan Zawtika di luar pantai Myanmar, kata SapuraKencana dalam satu kenyataan hari ini.