awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MPC perkukuh kerjasama kerajaan, industri tangani isu pasaran buruh
MOTAC cadang MAHB cari kaedah pastikan harga barangan, makanan di lapangan terbang berpatutan
SEAFIC lakar hala tuju rantau ini bagi dekad akan datang - Tengku Zafrul
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Unit tidak langsung AirAsia jual Merah Aviation pada harga RM3.22 bilion

Bernama
Bernama
24/12/2018
20:43 MYT
Unit tidak langsung AirAsia jual Merah Aviation pada harga RM3.22 bilion
Tan Sri Tony Fernandes berkata penjualan itu akan memberikan nilai yang besar kepada kumpulan berkenaan. - Gambar fail
Anak syarikat milik penuh tidak langsung AirAsia Group Bhd, Asia Aviation Capital Ltd (AACL) menjual Merah Aviation Asset Holding Ltd kepada AS Air Lease Holdings 5T DAC, entiti yang dikawal tidak langsung oleh Castlelake LP, pada harga US$768 juta (US$1=RM4.1830).
AirAsia, dalam satu kenyataan menyebut, pihak berkenaan mengadakan perjanjian jual beli pada Isnin.
Sebagai tambahan, Castlelake juga akan membeli daripada AACL empat pesawat A320-200ceo baharu yang akan dihantar pada 2019.
Menurut syarikat itu, 25 pesawat sedia ada meliputi A320-200ceo dan A320neo, di bawah Merah Aviation, selain empat pesawat baharu akan dipajak semula kepada AirAsia Bhd dan/atau sekutunya.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes berkata penjualan itu akan memberikan nilai yang besar kepada kumpulan berkenaan.
"Beberapa tahun lalu, penganalisis mengkritik kami kerana mempunyai tahap kadar hutang yang tinggi dan mempunyai aset.
"Sekarang ramai yang faham mengapa kami melakukannya. Dalam masa beberapa tahun, strategi digital kami akan dapat difahami dengan baik," tambahnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#AirAsia
#AIrAsia Group Bhd
#aset
#Asia Aviation Capital Ltd
#Castlelake
#hutang
#Merah Aviation Asset Holding
#penjualan
#perjanjian jual beli
#pesawat
#strategi digital
#Tony Fernandes
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan