KUALA LUMPUR: Unit milik penuh tidak langsung Titijaya Land Bhd, Aman Duta Sdn Bhd dijangka melabur kira-kira RM200 juta untuk membina kompleks komersial logistik di sebahagian tanah seluas 26,688 meter persegi di Pulau Pinang untuk DHL Properties (M) Sdn Bhd.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia semalam, Titijaya berkata ini susulan perjanjian bina dan pajak yang ditandatangani antara Aman Duta dan DHL pada 15 Jun, 2022.
Pemaju hartanah itu berkata pembinaan kemudahan itu dijangka dimulakan selepas mendapat semua kelulusan yang diperlukan, projek itu dijadualkan siap pada Julai, 2023.
Titijaya berkata, tempoh perjanjian itu adalah 10 tahun dan pajakan bagi hartanah serta asetnya dianggarkan antara RM160 juta hingga RM 210 juta.
Pada 26 Mac 2022, Titijaya mengumumkan bahawa anak syarikat milik penuhnya, City Meridian Development Sdn Bhd (CMD) dan DHL akan membangunkan kompleks komersial logistik paling moden di kawasan seluas 8.09 hektar di Bayan Lepas, Pulau Pinang untuk menyediakan penyelesaian logistik semikonduktor bagi sektor elektrik dan elektronik.
Titijaya berkata CMD akan mengekalkan peranannya sebagai pemaju hartanah manakala pembinaan dan pajakan akan dijalankan oleh Aman Duta.
"Perjanjian itu dijangka tidak memberi sebarang kesan terhadap pendapatan sesaham, aset bersih sesaham, tahap kadar hutang, modal saham dan pegangan oleh pemegang saham utama bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2022.
"Penyewaan kemudahan itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan kumpulan sepanjang tempoh penyewaan tersebut," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 21 2022
Bagi membangunkan kompleks komersial logistik paling moden di Bayan Lepas itu, CMD akan mengekalkan peranan sebagai pemaju manakala pembinaan dan pajakan akan dijalankan Aman Duta. - Foto Titijaya
Empat maut, dua pacuan empat roda bertembung
Empat individu maut dalam kemalangan melibatkan dua pacuan empat roda di Kilometer 78, Jalan Kota Bharu-Gua Musang tengah malam tadi.
Uqasha Senrose selamat bersalin, beri nama anak Uqaira
Pelakon Uqasha Senrose mengumumkan telah selamat melahirkan puteri sulungnya pada awal pagi Sabtu.
Thomas Cup: Permulaan cemerlang buat Malaysia
Malaysia bermula cemerlang pada perlawanan pembukaan Piala Thomas 2024, dengan menewaskan Hong Kong 5-0 hari ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Proses penamaan calon lancar - Polis Selangor
Proses penamaan calon bagi PRK Kuala Kubu Baharu hari ini berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pembangunan anak muda, wanita menjadi fokus Pang
Agenda pembangunan anak muda dan wanita akan menjadi fokus utama calon PH Pang Sock Tao, pada PRK Kuala Kubu Baharu.
Nahas helikopter Lumut: Kerajaan tidak bercadang gantung sementara helikoper Fennec, HOM
Kerajaan setakat ini tidak bercadang untuk menggantung sementara perkhidmatan helikopter jenis Fennec dan HOM.
Kejohanan Dunia Boling Padang: Tiga gangsa dalam tangan, misi tukar warna pingat
Skuad boling padang negara layak ke pusingan separuh akhir dalam kesemua kategori yang dipertandingkan di Kejohanan Dunia Dalam Dewan 2024.
Amerika Syarikat mungkin haramkan firma dron China, DJI
Amerika Syarikat kini turut sedang pertimbangkan DJI sebagai ancaman sekuriti, dan mungkin melakukan perundangan untuk mengharamkan DJI.
Bersatu ambil tindakan susulan terhadap enam ahli Parlimen - Muhyiddin
Bersatu sedang melaksanakan tindakan susulan terhadap enam ahli Parlimennya yang menyokong Perdana Menteri selepas meminda Perlembagaan parti bulan lalu.
'Made in Malaysia' - Apple punyai 19 kilang pembekal di negara ini
Malaysia merupakan salah satu negara yang mempunyai beberapa kilang pembekal yang menawarkan komponen kepada Apple.
Runtuhan gudang: Titijaya akan jalankan siasatan menyeluruh
Titijaya Land Berhad (Titijaya) akan menjalankan siasatan menyeluruh berhubung insiden itu selepas operasi mencari dan menyelamat selesai.
Unit tidak langsung Titijaya labur RM200 juta untuk bina kompleks komersial DHL
Ini susulan perjanjian bina dan pajak yang ditandatangani antara Aman Duta dan DHL pada 15 Jun, 2022.