awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Universiti bebas tentukan kursus mereka sendiri - Zambry

Bernama
Bernama
27/04/2025
14:00 MYT
Universiti bebas tentukan kursus mereka sendiri - Zambry
Dr Zambry (dua,kiri) menyampaikan sijil Star Awards kepada Muhammad Ammar Athari Abd Ghani (tiga,kiri) pada Majlis Perasmian Penutup Program UTM TechnoXplorer 2025 di SMK Ahmad Boestamam hari ini. - Gambar Bernama
MANJUNG: Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zambry Abd Kadir berkata universiti di negara ini diberi kebebasan untuk menentukan kursus masing-masing.
Beliau berkata dalam hal ini, pihak universiti diberikan autonomi dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) hanya memastikan sebarang kursus yang ditawarkan menepati piawaian.
"Saya tidak diberitahu semua universiti awam atau swasta perlu ikut acuan Kementerian Pendidikan Tinggi atau apa yang ditetapkan oleh MQA kerana bukan tugas mereka untuk kata boleh atau tidak.
"MQA hanya bertanggungjawab memastikan sebarang kursus yang bakal ditawarkan di universiti akan menepati kualiti dan piawaian yang telah ditetapkan namun bukan sebagai penentu mutlak," katanya.
Zambry berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup Program Universiti Teknologi Malaysia TechnoXplorer 2025 di Sekolah Menengah Kebangsaan Ahmad Boestamam dekat sini hari ini.
Terdahulu, bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Saifuddin Abdullah menggesa agar universiti awam diberikan lebih banyak autonomi dan halangan birokrasi dikurangkan bagi membolehkan institusi pengajian tinggi negara berkembang maju.
Beliau berkata walaupun MQA memainkan peranan penting dalam mengekalkan standard akademik dan akreditasi kursus, proses agensi itu yang perlahan selain risiko kerenah birokrasi telah menyebabkan sektor akademik negara ketinggalan di peringkat global.
Sementara itu, Zambry berkata tidak timbul isu universiti tidak diberi kuasa autonomi seperti didakwa kerana pihak institusi pengajian tinggi sendiri yang menentukan kursus sebelum dibawa kepada MQA.
"Setiap kursus mesti dibincangkan di peringkat MQA untuk mendapatkan kelulusan kerana kawalan kualiti penting namun MQA akan bertindak sebagai panduan sahaja kepada pihak universiti supaya kursus baharu yang bakal ditawarkan tidak sekadar tangkap muat atau rendah nilainya," katanya.
Beliau juga berkata kawal selia daripada segi pelaksanaan dan kurikulum adalah perkara biasa untuk memastikan universiti awam menjadi entiti yang penting bagi mendidik rakyat Malaysia di peringkat tertinggi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kementerian Pendidikan Tinggi
#kawalan kualiti
#Kementerian Pendidikan
#standard akademik
#MQA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan