awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
LHDN kesan RM1.4 bilion pendapatan tidak dilapor hasil semakan e-Invois
Ahli Parlimen Filipina pertimbang usul pemecatan terhadap Presiden Marcos
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Untung bersih Gamuda cecah RM1 bilion pada FY25, buku tempahan catat rekod RM38 bilion

Dagang News
Dagang News
20/09/2025
00:45 MYT
Untung bersih Gamuda cecah RM1 bilion pada FY25, buku tempahan catat rekod RM38 bilion
Untung bersih Gamuda Berhad bagi tahun kewangan berakhir 31 Julai 2025 (FY25) naik 10% kepada RM1 bilion berbanding RM912.1 juta pada FY24 didorong kekuatan projek pembinaan domestik.
KUALA LUMPUR: Untung bersih Gamuda Berhad bagi tahun kewangan berakhir 31 Julai 2025 (FY25) naik 10% kepada RM1 bilion berbanding RM912.1 juta pada FY24 didorong kekuatan projek pembinaan domestik.
Kumpulan itu berkata, hasil FY25 juga meningkat 20% kepada RM15.97 bilion berbanding RM13.35 bilion pada tahun lalu manakala keuntungan sesaham meningkat kepada 17.31 sen daripada 16.65 sen sebelumnya.
“Pencapaian itu didorong kekuatan projek pembinaan domestik, dengan rekod baki buku tempahan pembinaan berjumlah RM38 bilion selepas mencatat kemenangan kerja bernilai RM25 bilion sepanjang tahun.
“Baki buku tempahan yang tidak pernah berlaku sebelum ini memberikan keterlihatan hasil kukuh dan meletakkan kumpulan pada kedudukan baik untuk pertumbuhan mampan pada tahun-tahun akan datang,” katanya dalam satu kenyataan.
Gamuda berkata, projek pembinaan domestik menyumbang 50% daripada jumlah buku tempahan manakala pusat data menyumbang 10%, dengan margin keseluruhan pembinaan turut bertambah baik.
Sementara itu, Gamuda Land, cabang hartanah kumpulan, merekodkan jualan sebanyak RM4.1 bilion, menurun 19% susulan kelulusan projek di Hanoi yang hanya diperoleh pada penghujung FY25, dengan jualan berkaitan dijangka direkodkan pada tahun kewangan seterusnya.
Bagi suku keempat berakhir 31 Julai 2025 (4QFY25), untung bersih Gamuda meningkat 21.9% kepada RM332.1 juta, atau 5.75 sen sesaham, berbanding RM272.5 juta, atau 4.91 sen sesaham, pada tahun sebelumnya.
Pendapatan suku tahunan meningkat 2.6% kepada RM4.84 bilion daripada RM4.72 bilion.
“Melihat ke hadapan, prestasi tahun depan dijangka didorong oleh projek pembinaan domestik yang baru dianugerahkan serta sumbangan lebih tinggi daripada pelbagai projek pemulihan pantas (QTP), terutamanya projek Eaton Park di Vietnam.
“Daya tahan kumpulan turut disokong oleh rekod jualan hartanah belum dibil sebanyak RM8 bilion. Nisbah hutang kumpulan berada pada 53%, jauh di bawah had hutang dalaman 70%,” kata Gamuda.- DagangNews.com
Topic Berkaitan
#Gamuda
#untung bersih Gamuda
#tahun kewangan berakhir
#projek pembinaan domestik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan