BISNES
Untung bersih Maxis naik kepada RM412 juta pada suku ketiga
Keuntungan bersih kumpulan Maxis naik kepada RM1.18 bilion bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2025.
KUALA LUMPUR: Maxis Bhd mencatatkan keuntungan bersih lebih tinggi sebanyak RM412 juta bagi suku ketiga berakhir 30 Sept, 2025 berbanding RM366 juta pada suku yang sama tahun lepas.
Ringkasan AI
Hasil meningkat kepada RM2.59 bilion daripada RM2.58 bilion sebelum itu, terutamanya disebabkan peningkatan 5.6 peratus dalam hasil perniagaan perusahaan kepada RM418 juta, disokong oleh pertumbuhan dalam perkhidmatan borong.
"Hasil perkhidmatan turut meningkat 1.3 peratus kepada RM2.24 bilion, manakala hasil perniagaan pengguna naik 0.3 peratus kepada RM1.82 bilion.
"Pertumbuhan dalam perniagaan pengguna disokong oleh pendekatan bersasar dalam menarik dan mengekalkan pelanggan, sekali gus mendorong peningkatan jumlah langganan," katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia.
Bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2025, keuntungan bersih kumpulan naik kepada RM1.18 bilion daripada RM1.08 bilion setahun lepas, manakala hasil sedikit susut kepada RM7.76 bilion daripada RM7.77 bilion.
Mengenai prospek, Maxis berkata ia telah mengenal pasti lima keutamaan utama bagi mengekalkan kedudukannya sebagai syarikat telekomunikasi bersepadu terkemuka di Malaysia.
"Syarikat akan terus menawarkan produk secara bersepadu dan jualan silang untuk mengukuhkan asas pelanggan; mengembangkan perniagaan perusahaan sambil kekal fokus kepada operasi teras.
"Di samping itu, syarikat akan membina serta memperkukuh infrastruktur rangkaian dan perniagaan borong; memanfaatkan pendigitalan serta penggunaan kecerdasan buatan; dan mengekalkan kecemerlangan operasi," katanya.
Maxis turut mengisytiharkan dividen interim satu peringkat sebanyak empat sen sesaham biasa bagi tahun kewangan 2025 yang akan dibayar pada 19 Dis, 2025.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Maxis Bhd mencatatkan keuntungan bersih lebih tinggi sebanyak RM412 juta bagi suku ketiga berakhir 30 Sept, 2025 berbanding RM366 juta pada suku yang sama tahun lepas.
- Keuntungan bersih kumpulan Maxis naik kepada RM1.18 bilion bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2025, berbanding RM1.08 bilion setahun sebelumnya.
- Maxis menetapkan lima keutamaan utama termasuk menawarkan produk secara bersepadu, memperkukuh infrastruktur rangkaian, dan memanfaatkan pendigitalan untuk terus kekal sebagai syarikat telekomunikasi terkemuka di Malaysia.
Hasil meningkat kepada RM2.59 bilion daripada RM2.58 bilion sebelum itu, terutamanya disebabkan peningkatan 5.6 peratus dalam hasil perniagaan perusahaan kepada RM418 juta, disokong oleh pertumbuhan dalam perkhidmatan borong.
"Hasil perkhidmatan turut meningkat 1.3 peratus kepada RM2.24 bilion, manakala hasil perniagaan pengguna naik 0.3 peratus kepada RM1.82 bilion.
"Pertumbuhan dalam perniagaan pengguna disokong oleh pendekatan bersasar dalam menarik dan mengekalkan pelanggan, sekali gus mendorong peningkatan jumlah langganan," katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia.
Bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2025, keuntungan bersih kumpulan naik kepada RM1.18 bilion daripada RM1.08 bilion setahun lepas, manakala hasil sedikit susut kepada RM7.76 bilion daripada RM7.77 bilion.
Mengenai prospek, Maxis berkata ia telah mengenal pasti lima keutamaan utama bagi mengekalkan kedudukannya sebagai syarikat telekomunikasi bersepadu terkemuka di Malaysia.
"Syarikat akan terus menawarkan produk secara bersepadu dan jualan silang untuk mengukuhkan asas pelanggan; mengembangkan perniagaan perusahaan sambil kekal fokus kepada operasi teras.
"Di samping itu, syarikat akan membina serta memperkukuh infrastruktur rangkaian dan perniagaan borong; memanfaatkan pendigitalan serta penggunaan kecerdasan buatan; dan mengekalkan kecemerlangan operasi," katanya.
Maxis turut mengisytiharkan dividen interim satu peringkat sebanyak empat sen sesaham biasa bagi tahun kewangan 2025 yang akan dibayar pada 19 Dis, 2025.
-- BERNAMA
#Maxis
#keuntungan bersih lebih tinggi
#peningkatan hasil perniagaan perusahaan
#Perniagaan Pengguna