KUALA LUMPUR: Keuntungan bersih Malayan Banking Bhd (Maybank) bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2022 (FY2022) meningkat 1.7 peratus kepada RM8.23 bilion daripada RM8.10 bilion yang dicatatkan setahun lalu.
Kumpulan itu mengaitkan prestasi cemerlang disumbang oleh peningkatan dalam perkhidmatan kewangan komuniti kumpulannya (CFS Kumpulan) dan perbankan korporat kumpulan serta pasaran global.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, institusi kewangan itu berkata hasilnya meningkat lebih tinggi kepada RM50.91 bilion berbanding RM45.96 bilion sebelumnya.
Bank itu juga menyatakan bahawa peruntukan untuk kerugian rosot nilai ke atas pinjaman, pendahuluan, pembiayaan dan hutang-hutang lain menurun sebanyak RM469.2 juta atau 17.7 peratus kepada RM2.19 bilion berbanding FY2021.
Selain itu, pendapatan faedah bersih dan pendapatan daripada operasi Skim Perbankan Islam meningkat sebanyak RM1.64 bilion atau 8.4 peratus kepada RM21.25 bilion pada FY2022 berbanding tahun kewangan yang sama sebelumnya.
Premium insurans perolehan bersih kumpulan daripada anak syarikat Insurans dan Takaful meningkat sebanyak RM130.8 juta kepada RM8.98 bilion pada FY2022 berbanding FY2021, katanya.
Sementara itu, pendapatan operasinya berjumlah RM4.63 bilion, peningkatan 3.5 peratus pada FY2022 daripada RM4.47 bilion pada tahun kewangan yang sama sebelumnya.
Bagi suku keempat berakhir 31 Dis, 2022 (Q4 FY2022), keuntungan bersih Maybank meningkat 5.4 peratus kepada RM2.17 bilion daripada RM2.06 bilion, manakala hasil lebih tinggi kepada RM14.51 bilion daripada RM11.26 bilion sebelumnya.
Peruntukan kumpulan untuk kerugian rosot nilai ke atas pinjaman, pendahuluan, pembiayaan dan hutang-hutang lain meningkat sebanyak 96.3 peratus kepada RM308.8 juta berbanding tempoh suku yang sama berakhir 31 Dis, 2021.
Mengenai prospek pula, bank itu berkata ia akan terus memberi tumpuan kepada peluang untuk pertumbuhan merentas segmen pengguna dan perniagaan dalam francais ASEAN.
"Kumpulan akan mengekalkan kedudukan mudah tunai yang kukuh untuk menyokong pertumbuhan aset, melalui francais akaun semasa dan simpanan. Pengurusan kualiti aset akan kekal menjadi keutamaan kumpulan pada 2023.
"Sehingga kini, penamatan tempoh program bantuan pembayaran balik tidak membawa sebarang kesan material terhadap kualiti aset kumpulan," katanya.
Ia menambah, Maybank akan terus memantau portfolio pinjaman dan kekal komited untuk menawarkan sokongan yang disasarkan kepada pelanggan jika diperlukan.
Kumpulan itu juga menyatakan bahawa ia akan secara aktif mengutamakan tumpuan pelanggan melalui peningkatan dalam interaksi pelanggan dari hujung ke hujung dengan menyediakan penyelesaian dan perkhidmatan kewangan merentas pelbagai titik sentuh.
"Jika tiada sebarang keadaan yang di luar jangka, kumpulan menyasarkan untuk mencapai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bagi pulangan ke atas ekuiti di antara 10.5 peratus dan 11 peratus bagi tahun kewangan 2023 (FY2023)," katanya. - BERNAMA
Bernama
Mon Feb 27 2023
Keuntungan bersih Malayan Banking Bhd (Maybank) bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2022 (FY2022) meningkat 1.7 peratus kepada RM8.23 bilion daripada RM8.10 bilion yang dicatatkan setahun lalu. - Gambar fail
Lelaki dipenjara dua tahun, cederakan adik kandung guna pisau pemotong daging
Seorang lelaki dihukum penjara dua tahun oleh Mahkamah Sesyen Selayang kerana mencederakan adiknya menggunakan sebilah pisau pemotong daging.
Perang Iran-Israel: Malaysia pantau kesan terhadap ekonomi - Tengku Zafrul
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri memantau rapat perkembangan ketegangan geopolitik di Asia Barat termasuk membabitkan Iran dan Israel susulan letupan di Isfahan hari ini.
"OIC dah tak bermakna, tak berguna dalam meredakan ketegangan"
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Perjuangan PBB banyak disekat oleh AS dan EU
Sementara itu, Prof. Madya Dr. Mohd Yazid Zul Kepli berkata tidak wajar menyalahkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang telah konsisten mengutuk tindakan israel dan berusaha gigih dalam membawa penyelesaian damai dalam isu ini.
Tindakan Israel mencetuskan ketegangan lebih buruk di Asia Barat
Pakar Undang-undang Antabangsa, Kulliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim (AIKOL), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), kesediaan Iran untuk bertindak balas dengan segera dan tegas menunjukkan bahawa mereka tidak akan berdiam diri dalam menghadapi sebarang ancaman terhadap kedaulatan dan keselamatan negara mereka.
Perang Iran-Israel: Kerajaan mesyuarat petang ini, termasuk bawa pulang rakyat Malaysia
Kerajaan akan mengadakan mesyuarat khas petang ini bagi membincangkan situasi semasa di Iran termasuk kemungkinan membawa pulang rakyat Malaysia di negara itu susulan serangan rejim Israel.
Usaha tingkatkan kadar gaji penjawat awam diumum Hari Pekerja - PM Anwar
Cadangan penambahbaikan, usaha tingkatkan kadar pendapatan bersih penjawat awam akan diumumkan pada Hari Pekerja, kata Perdana Menteri
Mangsa serangan buaya boleh minta bantuan tabung JKM - Nancy
Mangsa serangan buaya atau binatang buas boleh memohon bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menerusi Tabung Bantuan Mangsa Serangan Binatang Buas.
Iran nafi diserang Israel, anggap propaganda media Barat
Pegawai Kerajaan Iran mendakwa mendakwa, ia hanyalah sebahagian daripada propaganda media barat, untuk mengelirukan pandangan dunia.
AWANI Ringkas: Beras dibuang sebab telah rosak, tidak selamat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bursa Malaysia dibuka tinggi
Pada 9.15 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 2.41 mata kepada 1,542.27 daripada 1,539.86 pada Jumaat lepas.
Maybank umum beberapa perkhidmatan akan tergendala pada 9 Mac 2024
Justeru itu, orang ramai dinasihatkan untuk melakukan pelbagai urusan perbankan sebelum gangguan berlaku. Pada masa sama pihak Maybank memohon maaf di atas sebarang kesulitan d
Keuntungan bersih Maybank meningkat 17.5 peratus kepada RM9.35 bilion pada tahun kewangan 2023
Maybank mencatatkan keuntungan bersih tinggi sebanyak RM9.35 bilion, peningkatan 17.5 peratus, bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2023.
Maybank sasar agih kira-kira RM18 bilion untuk pembiayaan PKS tahun ini
Chong berkata, Maybank menggerakkan hampir RM17 bilion dalam pembiayaan PKS tahun lepas.
Bursa Malaysia dibuka rendah susulan prestasi suram Wall Street
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 3.46 mata kepada 1,527.91 daripada paras penutup Selasa 1,531.37.
Maybank umum beberapa perkhidmatan akan tergendala pada 14 Januari
Perkhidmatan seperti laman Maybank2u (web & aplikasi), aplikasi MAE dan Maybank2u Biz tidak boleh diakses sementara di antara jam 3 hingga 6 pagi.
PADU akan bantu kurangkan subsidi bahan api sebanyak RM6 bilion tahun ini - Maybank IB
Pangkalan Data Utama (PADU) akan membantu usaha untuk mengurangkan subsidi bahan api sebanyak RM6 bilion tahun ini.
Maybank tawar bantuan banjir kepada pelanggan terjejas di seluruh negara
Bantuan banjir ini akan termasuk, antara lain, penangguhan pembayaran pembiayaan/pinjaman, pengurangan ansuran bulanan atau lanjutan tempoh pembayaran balik.
Maybank mudahkan pemindahan wang rentas sempadan dengan DuitNow Overseas Transfer
DuitNow Overseas Transfer membolehkan pelanggan Maybank kirim wang dengan cepat dan mudah kepada penerima di Singapura dengan hanya menggunakan nombor telefon mudah alih yang berdaftar.
Alvin Lee dilantik CEO Maybank Singapura
Malayan Banking Bhd (Maybank) hari ini mengumumkan pelantikan Alvin Lee Han Eng sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) negara, Maybank Singapore Limited dan CEO Cawangan Maybank Singapura.