[INFO BANJIR] Dapatkan info terkini cuaca dan banjir seluruh negara
BISNES

Untung bersih PETRONAS Dagangan susut kepada RM281.25 juta pada suku ketiga

Bernama 26/11/2025 | 08:30 MYT
PETRONAS Dagangan meraih keuntungan bersih lebih rendah sebanyak RM281.25 juta pada suku ketiga berakhir pada 30 Sept 2025.
KUALA LUMPUR: PETRONAS Dagangan Bhd meraih keuntungan bersih lebih rendah sebanyak RM281.25 juta pada suku ketiga berakhir pada 30 Sept 2025 berbanding RM335.13 juta dalam tempoh sama tahun lepas.


Ringkasan AI
  • Keuntungan bersih PETRONAS Dagangan Bhd menurun RM53.88 juta pada suku ketiga 2025 berbanding tahun sebelumnya, sementara perolehan bagi suku tahun turun kepada RM9.53 bilion.
  • Syarikat menjangka ekonomi domestik terus stabil pada 2025 dengan sokongan inisiatif BUDI95 dan peningkatan pelancongan menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026.
  • Cabaran terus wujud disebabkan persekitaran luaran yang tidak menentu dan jangkaan harga minyak yang rendah, walaupun PETRONAS Dagangan telah mengisytiharkan dividen interim sebanyak 24 sen sesaham biasa.


Perolehan bagi suku tahun yang dikaji menyusut kepada RM9.53 bilion berbanding RM9.73 bilion sebelumnya.

"Perolehan kumpulan bagi suku berkenaan menyusut sebanyak RM194.6 juta atau dua peratus terutamanya berikutan penurunan purata harga jualan sebanyak enam peratus meskipun terdapat peningkatan empat peratus jumlah jualan," katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Mengenai prospek, syarikat berkata ekonomi domestik dijangka kekal berdaya tahan pada 2025, disokong oleh penggunaan swasta yang kukuh, didorong oleh inisiatif BUDI95 dan peningkatan jumlah kemasukan pelancongan menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026.

"Inflasi diunjurkan kekal sederhana yang menawarkan persekitaran makroekonomi stabil," katanya.

Menurut PETRONAS Dagangan, bagaimanapun persekitaran luaran terus menyebabkan cabaran di tengah-tengah ketidakpastian pasaran global yang berterusan dan jangkaan harga minyak yang lebih rendah.

Sementara itu, dalam makluman berasingan, syarikat telah mengisytiharkan dividen interim sebanyak 24 sen sesaham biasa bagi suku tahun berakhir 30 Sept 2025.

-- BERNAMA




#PETRONAS DAGANGAN #untung bersih #menyusut #suku ketiga