awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Untung bersih suku pertama CIMB Niaga meningkat kepada 877 bilion rupiah

Bernama
Bernama
25/04/2018
13:41 MYT
Untung bersih suku pertama CIMB Niaga meningkat kepada 877 bilion rupiah
Jumlah pinjaman kasar meningkat 1.8 peratus tahun ke tahun kepada 179.1 trilion rupiah pada 31 Mac, 2018.
PT Bank CIMB Niaga Tbk, anak syarikat Indonesia CIMB Group Holding Bhd yang dimiliki sebanyak 92.5 peratus, mencatatkan peningkatan keuntungan bersih sebanyak 37 peratus tahun ke tahun kepada 877 bilion rupiah (1,000 rupiah = RM0.281) untuk suku pertama 2018 berakhir 31 Mac, 2018.
Menurut CIMB Niaga, peningkatan dalam keuntungan bersih itu disokong oleh peningkatan sebanyak 38.5 peratus pendapatan tanpa faedah kepada 992 bilion rupiah dan 21.2 peratus penurunan tahun ke tahun perbelanjaan peruntukan.
"Dengan jumlah aset sebanyak 257.7 trilion rupiah pada 31 Mac, 2018, mewakili 8.7 peratus pertumbuhan tahun ke tahun, bank berkenaan mengekalkan kedudukannya sebagai bank kebangsaan senaraian persendirian kedua terbesar Indonesia dari segi aset," kata CIMB Niaga.
Pengarah Presiden CIMB Niaga, Tigor M Siahaan, berkata jumlah pinjaman kasar meningkat 1.8 peratus tahun ke tahun kepada 179.1 trilion rupiah pada 31 Mac, 2018.
Katanya, pinjaman pengguna adalah sebanyak 48.1 trilion rupiah dan menyumbang 27 peratus daripada jumlah pinjaman, diikuti oleh pinjaman perusahaan mikro kecil sederhana sebanyak 35.1 trilion rupiah atau 20 peratus daripada keseluruhan pinjaman.
"Perbankan borong meliputi bahagian terbesar jumlah pinjaman dengan pinjaman korporat menyumbang 36 peratus pada 65.2 trilion rupiah manakala pinjaman komersial (membentuk 17 peratus) pada 30.7 trilion rupiah," katanya.
Tigor juga berkata, 93 peratus daripada jumlah keseluruhan urusniaga pengguna pada suku pertama dilakukan melalui saluran perbankan digital seperti CIMB Clicks, Go Mobile, Mesin Wang Automatik (ATM) dan Rekening Ponsel (dompet mudah alih)
Berhubung segmen perbankan Shariah, katanya jumlah pembiayaan unit Islam bank berkenaan meningkat 58.5 peratus tahun ke tahun kepada 17.4 trilion rupiah pada suku pertama.
"Segmen perniagaan Shariah membentuk 9.7 peratus daripada jumlah keseluruhan pinjaman bank, meningkat daripada 6.2 peratus pada tempoh sama tahun sebelumnya," katanya.
Untuk masa hadapan, Tigor berkata, bank berkenaan akan terus memberikan fokus kepada aktiviti jualan silang bagi memacu pendapatan fi dan mengoptimumkan akaun semasa, akaun simpanan dengan pelanggannya.
Selain itu, pendigitalan perusahaan kecil dan sederhana serta mengukuhkan bahagian perniagaan Shariah juga penawaran produk patuh Shariah, katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bank
#bilion
#CIMB
#cimb niaga
#keuntungan bersih
#rupiah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan