BISNES
Untung PETRONAS merosot 19 peratus kepada RM26.2 bilion pada separuh pertama
Petronas merekodkan prestasi kewangan yang lebih rendah bagi separuh pertama tahun 2025. - Foto Sinar Harian
SHAH ALAM: PETRONAS mengumumkan prestasi kewangan lebih perlahan pada separuh pertama 2025 susulan persekitaran industri global yang mencabar, namun syarikat itu menegaskan komitmen untuk terus memperkukuh daya tahan portfolio bagi pertumbuhan jangka panjang.
Menurut kenyataan syarikat itu, keuntungan selepas cukai (PAT) dicatatkan sebanyak RM26.2 bilion, menurun 19 peratus berbanding RM32.4 bilion yang direkodkan dalam tempoh sama tahun lalu.
Hasil keseluruhan syarikat juga menurun kepada RM132.6 bilion daripada RM173.6 bilion sebelum ini didorong oleh beberapa faktor luar.
Antaranya, pertukaran mata wang asing yang tidak memihak serta harga purata lebih rendah bagi produk petroleum, minyak mentah dan kondensat serta kesan penjualan Engen Group pada pada Mei 2024.
Pendapatan Sebelum Faedah, Cukai, Susut Nilai dan Pelunasan (EBITDA) turut berkurangan 15 peratus kepada RM54.4 bilion, manakala aliran tunai daripada aktiviti operasi (CFFO) turun RM6.7 bilion kepada RM48.1 bilion.
Bagaimanapun, jumlah aset syarikat meningkat kepada RM780.7 bilion setakat 30 Jun 2025 berbanding RM766.7 bilion pada 31 Disember 2024, hasil daripada terbitan nota dalam pasaran bon USD.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PETRONAS, Tan Sri Tengku Muhammad Taufik menegaskan syarikat kekal komited memperkukuh daya tahan portfolio dan mengurus perniagaan secara berhemat dalam persekitaran industri yang mencabar.
“PETRONAS akan terus melaksanakan strategi peralihan tenaga, mengoptimumkan portfolio serta mengekalkan disiplin kewangan untuk memastikan pertumbuhan jangka panjang.
“Walaupun berdepan tekanan margin akibat kenaikan kos dan penurunan harga global, kami tetap fokus pada kecemerlangan operasi serta kerjasama strategik untuk meningkatkan kecekapan,” katanya.
Beliau menambah, PETRONAS akan terus memberikan nilai kepada pemegang saham dan pihak berkepentingan selain menyumbang kepada pembinaan sistem tenaga yang kukuh serta mampan. - Sinar Harian