Keuntungan sebelum cukai TIME dotCom Bhd (TIME) merosot kepada RM179.33 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2014 berbanding RM497.3 juta pada 2013.
Perolehan meningkat kepada RM596.28 juta berbanding RM548.25 juta sebelum ini, menurut syarikat dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini.
Ketua Pegawai Eksekutif, Afzal Abdul Rahim, dalam kenyataan berasingan berkata, permintaan terhadap data adalah kukuh, konsisten dan menyeluruh dengan pertumbuhan daripada semua segmen perniagaan utama TIME iaitu borong, perusahaan serta perusahaan kecil dan sederhana dan pengguna.
"Selaras dengan pengukuhan dalam permintaan data di dalam dan luar negara, TIME meningkatkan pelaburannya dalam sistem kabel dasar laut antarabangsa, yang menyokong produk dan perkhidmatannya.
"Sejajar dengan perniagaan teras TIME, syarikat akan menumpukan kepada pengembangannya bagi jalur lebar borong serantau, kabel dasar laut antarabangsa dan aset pusat data," kata Afzal.
Mengenai prospek, TIME berkata sistem kabel Faster dan Gerbang Asia Pasifik (APG), yang menghubungkan Malaysia dan Amerika Syarikat melalui Korea dan Jepun, kedua-duanya dijangka siap pada 2016.
Sistem kabel dasar laut Asia-Afrika-Eropah-1 (AAE-1), yang menghubungkan Asia dan Afrika, Eropah dan Timur Tengah, dijangka siap pada 2017.
Bernama
Thu Feb 26 2015
...
AWANI Pagi: PULIH | Inovasi Tempatan Mengesan Sakit Belakang
Ikuti diskusi Awani Pagi 8.30 Sabtu, bersama dua tetamu dari Universiti Malaya, berhubung inovasi mengesan sakit belakang dengan lebih objektif berbanding kaedah tradisional hingga mendapat pengiktirafan daripada Medical Device Authority Malaysia.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Persatuan Bola Sepak Indonesia terima dana RM77 juta dari Presiden Prabowo
Komitmen Presiden Prabowo terhadap kemajuan sepak bola Indonesia benar-benar luar biasa, kata Ketua Umum PSSI.
AWANI Pagi: Pembekuan jasad bayi - Hukum dan hak jenazah
Ikuti perbincangan eksklusif #AWANIpagi bersama Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, yang akan mengupas secara mendalam isu pembekuan jasad bayi dari perspektif hukum Islam, kehormatan jenazah, dan hak si mati.
#AWANIpagi #AWANInews
#AWANIpagi #AWANInews
Cenderahati produk Tenun Pahang Diraja tersedia di Kuantan 188
Di Kuantan 188 juga, para pelancong boleh menikmati pemandangan panorama bandar dan Sungai Kuantan.
[INFOGRAFIK] Kerugian Banjir 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan kerugian banjir 2024.
Hubungan erat Malaysia-Denmark tawar manfaat kepada tenaga kerja
Pembukaan semula Kedutaan Denmark bantu tingkat kerjasama dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
[INFOGRAFIK] Buat Pilihan Lebih Baik Demi Malaysia Yang Lebih Hijau Dan Lestari
Berikut adalah info berkenaan dengan membuat pilihan lebih baik demi Malaysia yang lebih hijau dan lestari.
Siang "concierge", malam "Doktor Mayat" - Kisah Muslimah pertama pengawet jenazah di Singapura
Kisah Zainab Ash Shughra Amer, Muslimah pertama yang menjadi pengawet jenazah - juga satu-satunya buat masa ini - di Singapura.
Sistem politik penuhi aspirasi rakyat penting bagi Syria
Penentuan masa depan Syria masa depan melalui sistem politik yang memenuhi aspirasi rakyat negara itu adalah penting bagi mengekalkan kestabilan politik.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Netanyahu, Katz adakan tinjauan di Bukit Golan
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, melalukan tinjauan di Bukit Golan pada Jumaat ketika tentera Israel meluaskan kawalan mereka ke puncak Gunung Hermon, kawasan strategik yang bersempadan dengan Syria.
Perkara itu dikongsikan Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz di platform X yang turut hadir bersama Netanyahu.
Perkara itu dikongsikan Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz di platform X yang turut hadir bersama Netanyahu.
Malaysia cadang tubuh pasukan petugas perkukuh pembangunan sektor tenaga dengan Laos
Perkara itu merupakan antara topik yang dibincangkan semasa mesyuarat dua hala bersama Menteri Tenaga dan Galian Laos Phoxay Sayasone.
APG: Mutu atlet negara 'diangkat' di Kemboja
Atlet negara membawa pulang 50 pingat emas, 38 perak dan 34 gangsa, untuk menduduki tangga keempat carta pingat.
APG 2023: Kontinjen negara cemerlang, melebihi pencapaian di Solo
Atlet negara sehingga kini merangkul 42 pingat emas, 35 perak dan 25 gangsa selepas berakhir hari kelima temasya dwitahunan hari ini.
APG: Fraidden Dawan sumbang emas pertama Malaysia di Phnom Penh
Pemenang pingat emas APG edisi lepas di Solo, Indonesia itu tidak berdepan masalah untuk mengesahkan emas menerusi catatan 4 minit 52.60 saat.
Skuad bola keranjang kerusi roda raih gangsa pertama Malaysia di APG 2023
Anak buah Lim Ming Lip garang menewaskan pasukan tuan rumah setelah merekodkan kemenangan 17-8 di Dewan Elephant 2 di Stadium Morodok Techo.
APG: Kontinjen Malaysia terima sambutan wira
Kepulangan kontinjen Sukan Para ASEAN (APG) ke-11 dari Solo, Indonesia diberi sambutan wira sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Sukan Para ASEAN ke-11 melabuhkan tirai, jumpa lagi di Kemboja
Jokowi dalam ucapannya mengucapkan terima kasih kepada 1,200 atlet yang menyertai temasya sukan itu.
APG: Malaysia bawa pulang 20 emas lebih berbanding sasaran 16
Kontinjen Malaysia meraih 36 emas, 20 perak dan 14 gangsa, sepanjang enam hari pertandingan berlangsung.
APG: Tambahan tiga emas, tujuh perak pada hari ketiga
Selepas kejayaan menyambar 10 pingat emas pada Isnin, pemburuan emas kontinjen negara ke Sukan Para ASEAN (APG) ke-11 semalam agak suram, apabila hanya tiga emas diperolehi.
APG: Kem olahraga pecut awal dengan empat emas, dua perak
Skuad olahraga Malaysia ke Sukan Para ASEAN (APG) ke-11 di sini, memulakan kempen dengan langkah kanan apabila berjaya menggondol empat pingat emas dan dua perak pada hari pertama.