KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr Radzi Jidin menyifatkan penjualan 30% saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) kepada syarikat asing merupakan urus niaga yang amat mencurigakan dan tiada sebarang keperluan mendesak untuk menjual pegangan MAHB kepada syarikat asing.
Beliau mempersoalkan tindakan kerajaan yang dilihat terlalu gelojoh untuk mengeluarkan MAHB daripada Bursa Malaysia melalui konsortium yang diketuai Khazanah, bersama Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Global Infrastructure Partners (GIP) yang berpangkalan di New York, dan Pihak Berkuasa Pelaburan Abu Dhabi (ADIA), sedangkan syarikat itu memiliki potensi besar.
Katanya, adalah janggal apabila jumlah peratusan pegangan saham oleh ADIA dan GIP tidak dinyatakan dengan jelas di dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan dan seharusnya bagi satu tawaran besar sebegini, truktur pemilikan adalah jelas daripada awal tawaran.
Beliau berkata, MAHB bukan sebuah syarikat yang rugi dan bermasalah, bagi tahun kewangan 2023, kumpulan itu mencatatkan keuntungan sebanyak RM543 juta dengan jumlah tunai di dalam akaun sebanyak RM1.845 billion.
"Jadi di mana rasionalnya keputusan menggadaikan blok 30% saham MAHB ini? Kalau hendak dikatakan MAHB membebankan, tentunya tidak.
"Amat jelas bahawa tiada keperluan mendesak untuk menjual blok 30% saham MAHB kepada syarikat asing. Siapa sebenarnya yang akan mendapat manfaat dan mengaut keuntungan daripada urus niaga ini?," katanya dalam satu kenyatan, hari ini.
Radzi berkata, hakikatnya, aset logistik, khususnya di Asia, menjadi buruan pelbagai pihak kerana kedudukan geografi Malaysia yang strategik menjadikan ramai pihak ingin mencari peluang memiliki asset strategik di rantau ini.
Beliau berkata, jika diambil beberapa contoh negara serantau seperti Indonesia, Singapura, Thailand dan Vietnam, syarikat yang menguruskan lapangan terbang di negara tersebut dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan atau dimiliki sebahagian besarnya oleh kerajaan tanpa diberikan satu blok saham yang besar kepada syarikat asing.
"Kalau hendak dikatakan MAHB tiada kepakaran, mereka mempunyai pengalaman yang cukup panjang dan kedudukan kewangan yang baik, termasuk menguruskan Istanbul Sabiha Gokçen International Airport di Turkiye. Jika perlukan kepakaran juga, apakah kepakaran tersebut tidak boleh diperoleh tanpa menggadaikan blok 30% saham MAHB kepada syarikat asing?," katanya
Beliau berkata, nilai sebenar MAHB adalah pada konsesi yang dipegang syarikat tersebut melibatkan 39 lapangan terbang di seluruh negara dan konsesi itu dilanjutkan sehingga 2069.
Beliau berkata, kerajaan sanggup butakan mata tentang hakikat bahawa kesemua 39 lapangan terbang ini adalah aset strategik negara.
"Jika dibaca kenyataan media yang dikeluarkan berkaitan urus niaga tersebut, hampir keseluruhannya menyentuh tentang kekuatan yang ada pada MAHB, khususnya jaringan lapangan terbang.
"Dalam persaingan ekonomi dan geopolitik dunia yang semakin mencabar, tentunya jaringan lapangan terbang ini dinilai sebagai satu komponen logistik yang amat penting," katanya. - DagangNews.com
Dagang News
Tue May 21 2024

RADZI: Di mana rasionalnya keputusan menggadaikan blok 30% saham MAHB ini? Kalau hendak dikatakan MAHB membebankan, tentunya tidak. - Gambar fail
LIMA’25: Bermula dengan aksi udara mengagumkan oleh TUDM
Persembahan udara yang dimulakan tiga pesawat pejuang Sukhoi SU-30MKM dan tiga pesawat F/A-18D Hornet milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) membuka tirai Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA’25) yang bermula secara rasmi hari ini.
LIMA'25: PM Anwar rasmi segmen maritim
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini merasmikan segmen Pameran Antarabangsa Maritim Dan Aeroangkasa Langkawi 2025 (LIMA'25) yang diadakan di Resort World Langkawi.
Beliau yang tiba sekitar jam 3.10 petang diiringi Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor.
Beliau yang tiba sekitar jam 3.10 petang diiringi Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor.

Malaysia seru dunia Islam proaktif bentuk hala tuju teknologi global
Malaysia berpendirian dunia Islam perlu mengambil pendekatan proaktif dalam membentuk hala tuju teknologi sejagat khususnya dalam bidang kecerdasan buatan (AI).
Agenda AWANI: Pemilihan PKR 2025 | Hiruk vs Damai, Yang Mana Jadi Pilihan?
Pemilihan PKR 2025 dilihat semakin panas. Namun antara 'Hiruk VS Damai' adakah ini menandakan krisis kepimpinan masa depan dalam PKR? Atau ia sebagai satu proses kematangan politik dan bukti demokrasi dalam parti yang sihat? Diskusi 8.30 malam
LIMA'25: Platform pengukuhan kerjasama diplomatik dan pertahanan
LIMA 2025 bukan sahaja medan pameran teknologi, tetapi juga platform membina kerjasama startegik yang berimpak tinggi.
Tampil dengan format baharu, babitkan enam siri GP
CelcomDigi STL 2025 akan membuka tirai dengan STL divisyen 1 di Stadium Sukpa, Pahang.
Universiti bukan lagi tempat selamat?
Gangguan seksual- bukan isu yang kecil. Apakah mekanisme sedia ada benar-benar melindungi mereka?
Ini laporan khas wartawan Astro Awani, Pia Ernadya.
Ini laporan khas wartawan Astro Awani, Pia Ernadya.
JPN ambil serius siasatan EAIC, gariskan lima tindakan
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengambil serius hasil siasatan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) dan menggariskan lima tindakan yang akan dan sedang diambil susulan hasil siasatan itu.
Pemandu lori terlibat didakwa curi lembu
Pemandu lori yang terlibat menyebabkan kematian sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) minggu lalu dihadapkan ke Mahkamah Majistret Teluk Intan pada Selasa atas pertuduhan memindahkan harta curi, iaitu dua ekor lembu, bulan lalu.

PGA gagalkan cubaan seludup tanaman hiasan di Pasir Mas dan Tumpat
PGA menggagalkan cubaan menyeludup masuk tanaman hiasan dari negara jiran selepas menahan dua lori berasingan menerusi Op Taring Wawasan Kelantan di Pasir Mas dan Tumpat, Ahad lepas.

Naik taraf: LTSAS kini mampu tampung 700,000 penumpang setahun - MAHB
Bangunan terminal Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) di sini yang telah selesai dinaik taraf kini mampu menampung sehingga 700,000 penumpang setahun berbanding 500,000 sebelum ini.

Naik taraf lapangan terbang Ipoh selesai - MAHB
Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah di Ipoh telah menyiapkan projek pengoptimumannya, satu inisiatif bertujuan untuk meningkatkan fungsi, kapasiti dan keselesaan keseluruhan lapangan terbang itu.

316 pegawai dan anggota AVSEC ditauliahkan, keselamatan lapangan terbang diperkukuh
Sebanyak 316 pegawai dan anggota Keselamatan Penerbangan (AVSEC) ditauliahkan dalam Majlis Tamat Perbarisan Asas yang disempurnakan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain hari ini.

MAHB akan teroka peluang pesawat jarak jauh Eropah tahun ini
MAHB menyasarkan untuk menambah penerbangan jarak jauh terutama daripada syarikat penerbangan Eropah berikutan usaha Malaysia untuk memperkukuh kesalinghubungan global.

MAHB sedang muktamadkan syarikat ambil alih slot penerbangan di Subang
MAHB kini dalam proses memuktamadkan pemilihan syarikat penerbangan tempatan atau antarabangsa untuk mengambil alih slot sedia ada di Lapangan Terbang Subang (SZB) tidak lama lagi.

British Airways kembali semula ke KLIA pada 2 April - MAHB
British Airways bersedia untuk menyambung semula operasinya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menerusi penerbangan harian antara London Heathrow dan Kuala Lumpur.

MAHB bersedia mengukuhkan rangkaian, sambungan di Routes Asia 2025
Syarikat itu mahu melibatkan diri dalam rangkaian yang berharga, mendapatkan pandangan mengenai trend pasaran terkini.

MAHB komited tangani aktiviti penyeludupan hidupan liar di KLIA
MAHB komited tangani penyeludupan hidupan liar di KLIA melalui langkah-langkah keselamatan yang dipertingkatkan dan kerjasama strategik dengan agensi-agensi penguatkuasaan.

KLIA antara 10 lapangan terbang terbaik dunia dengan skor hampir sempurna
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) telah disenaraikan antara 10 lapangan terbang terbaik di dunia dalam tinjauan Kualiti Perkhidmatan Lapangan Terbang (ASQ) 2024 untuk lapangan terbang

MAHB akan dinyahsenarai daripada Bursa Malaysia pada 25 Feb 2025
Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dijadualkan akan dinyahsenarai daripada Bursa Malaysia pada 25 Feb 2025.