SARA 2025: Semakan Kelayakan Dibuka – RM100 Dikredit Terus ke MyKad
BISNES

Urus niaga tidak terganggu walaupun ada ancaman bom - Bursa Malaysia

Bernama 30/09/2016 | 09:58 MYT
Sebaik sahaja polis mengumumkan bahawa bangunan itu selamat, urusan keluar masuk ke bangunan Bursa Malaysia kembali normal. -Astro AWANI/Shahir Omar
Urus niaga di Bursa Malaysia berjalan seperti biasa walaupun menerima ancaman bom, kata Bursa Malaysia Berhad.

Bursa itu dalam satu kenyataan, berkata sebaik sahaja polis mengumumkan bahawa bangunan itu selamat, urusan keluar masuk ke bangunan Bursa Malaysia kembali normal.


Urus niaga beroperasi semula pada pukul dua dan dagangan bagi sesi petang bermula pada 2.30 petang.

"Tiada gangguan pada urus niaga," katanya, tambahan maklumat terkini mengenai status operasi turut disediakan pada http://www.bursamalaysia.com/corporate

Pihak pengurusan bangunan bursa itu telah menerima ancaman bom pada 12.01 tengah hari ini.

Sebagai langkah berjaga-jaga, semua penghuni dan kakitangan telah mengosongkan bangunan, pihak berkuasa dimaklumkan dan Pelan Kesinambungan Perniagaan diaktifkan. -Bernama
#ancaman bom #Bursa Malaysia #urus niaga tidak terganggu