awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Urusan beli dan jual oleh Ireka gagal

Bernama
Bernama
12/07/2016
08:43 MYT
Urusan beli dan jual oleh Ireka gagal
Kedua-dua urus niaga itu ditamatkan memandangkan syarat di bawah perjanjian jual dan beli itu tidak dapat dipenuhi dalam tempoh 18 bulan dari tarikh ia ditandatangan.
Ireka Corporation Bhd mengumumkan cadangan pembelian dan penjualan yang dibuat pada Disember 2014 masing-masing gagal memandangkan ia tidak dapat dipenuhi
Menurut Ireka dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ni, kedua-dua urus niaga itu ditamatkan memandangkan syarat di bawah perjanjian jual dan beli itu tidak dapat dipenuhi dalam tempoh 18 bulan dari tarikh ia ditandatangan.
Pada 26 Dis, 2014, Ireka, melalui unitnya, Ireka Engineering & Construction Sdn Bhd, bercadang membeli sebidang tanah pegangan bebas di Seremban, Negeri Sembilan daripada Ong Poh Lan bagi RM21.87 juta.
Syarikat itu turut menandatangani perjanjian jual dan beli berasingan bagi penjualan tanah kepada AEON Co (M) Bhd, serta perjanjian pembinaan dengan AEON bagi pelantikannya untuk membangunkan pusat beli-belah dilengkapi kawasan letak kenderaan.
Menurut Ireka, kedua-dua pembatalan itu tidak akan menjejaskan perolehan dan aset bersih syarikat.
Topic Berkaitan
#Bursa Malaysia
#cadangan pembelian dan penjualan
#Ireka Corporation Bhd
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan