KUALA LUMPUR: Usaha sama Global Systémes Asia Sdn Bhd (GSA) dan syarikat penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) berpangkalan di Perancis, Aerobay mengukuhkan capaian negara dalam pasaran global bernilai AS$750 bilion.
Pengerusi GSA, Datuk Nonee Ashirin Mohd Radzi menjelaskan, ia selepas memorandum persefahaman (MoU) antara mereka yang akan menerokai ruang pembangunan hab digital MRO bagi pengendalian pesawat dan helikopter di rantau Asia Pasifik.
"Usaha sama yang boleh memanfaatkan pasaran pengedaran MRO global bernilai AS$750 bilion ini akan meletakkan GSA sebagai syarikat MRO pertama di rantau Asia Pasifik yang menyediakan platform eDagang (E-Commerce) bagi alat ganti dan lebihan stok.
"Usaha sama GSA dan Aerobay ini akan mewujudkan Aerobay Asia Pacific (AAP), di mana kedua-dua syarikat akan berkolaborasi dalam bidang kepakaran masing-masing dalam sektor perkhidmatan MRO, e-Dagang dan pengedaran alat ganti dalam talian dengan objektif untuk menjadi hab digital terkemuka rantau ini dalam pembekalan alat ganti dan perkhidmatan MRO bagi pengendalian pesawat dan helikopter," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Sebelum ini, penyedia perkhidmatan pasaran dan perundingan pasaran global, Acumen Research and Consulting melihat kerjasama itu boleh memanfaatkan sektor pertumbuhan yang pesat.
"Pasaran pengedaran MRO global dijangka tumbuh pada sekitar kadar pertumbuhan tahunan kompaun (CAGR) 2.0 peratus dari 2020 hingga 2027 dan pencapaian nilai pasaran ini akan melebihi AS$758.1 bilion menjelang 2027.
"MRO adalah penting agar proses operasi pengeluaran berjalan dengan lancar. Salah satu faktor utama yang mendorong permintaan dan pertumbuhan MRO adalah sektor pembuatan, globalisasi, perindustrian, dan digitalisasi yang semakin meningkat di seluruh dunia terutama sekali negara-negara membangun," jelas syarikat itu.
Dalam pada itu, Nonee Ashirin berkata, pihaknya dan Aerobay akan secara kolaboratif melihat strategi memanfaatkan kepakaran masing-masing bagi memajukan pengedaran dan keupayaan MRO.
Ia termasuk aspek alat ganti tempatan merangkumi portfolio sivil dan ketenteraan serta kerjasama berterusan dengan pihak kerajaan.
"Kolaborasi ini juga akan dapat membuka ruang aliran pendapatan baharu dan perkhidmatan tambahan serta akan bakal menyaksikan GSA memperkuatkan lagi kedudukan di dalam industri MRO didorong oleh platform e-Dagang yang mantap.
"Rantau Asia Pasifik sedang menyaksikan satu peningkatan dalam penggunaan perkhidmatan profesional melalui platform e-Dagang dan telah dikenali sebagai pusat sehenti dalam pembekalan serta pengedaran alat ganti ke pelbagai negara. Digitalisasi adalah kunci perniagaan masa hadapan," ujarnya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Aerobay, Richard Herve berkata, pihaknya meletakkan fokus ke arah potensi pertumbuhan masa hadapan di pasaran Malaysia dan rantau ini.
"Kami sangat teruja untuk memperkukuhkan lagi kedudukan di rantau Asia-Pasifik melalui hasil usahasama dengan Kumpulan GSA.
"Kami sedang mengkaji pelbagai kemungkinan dalam penyediaan perkhidmatan (pengedaran alat ganti dan perkhidmatan MRO), melalui pusat sehenti digital ini," jelasnya.
Melalui usaha sama ini, AAP akan mempelopori pelanggan sivil dan ketenteraan di rantau Asia Pasifik meliputi Malaysia, Indonesia, Vietnam, Filipina, Singapura, China, Thailand, Korea Selatan, Jepun, Taiwan, Australia, New Zealand dan Pakistan.
AAP juga akan memperluas jejak globalnya ke Timur Tengah dan Afrika dalam masa terdekat.
Astro Awani
Mon Aug 23 2021
Nonee Ashirin berkata, pihaknya dan Aerobay akan secara kolaboratif melihat strategi memanfaatkan kepakaran masing-masing bagi memajukan pengedaran dan keupayaan MRO. - Foto GSA
YTL umum Model Bahasa Raya 'Ilmu', terajui model lain dalam bahasa Malaysia
Melalui laman rasmi, Ilmu 0.1 turut dikatakan telah melepasi ujian PT3 dan juga SPM dalam bahasa Melayu.
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Tidak ambil gaji dan elaun, bukti komitmen Ramanan demi warga Sungai Buloh
Ramanan menjadi tumpuan umum selepas menyingkirkan Khairy Jamaluddin di Parlimen Sungai Buloh dalam pertarungan yang dianggap cukup sengit.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
Tengku Zafrul saksikan pemeteraian empat MoU antara perniagaan Malaysia-Korea Selatan
Kerjasama perniagaan dan perdagangan Malaysia-Korea Selatan diperkukuh dengan pemeteraian empat MoU antara agensi kerajaan dengan firma tempatan hari ini.
MoU peruntukan pembangkang: Hanya Muar beri jawapan, maklum balas - Fadillah
Rundingan secara kumpulan besar iaitu Perikatan Nasional (PN) sudah tertutup namun beliau terbuka sekiranya ada individu dari blok itu yang mahu berunding.
Malaysia, Korea Selatan berhasrat tambah baik MoU ICT, fokus teknologi AI
Malaysia dan Korea Selatan berhasrat untuk menambah baik inti pati Memorandum Persefahaman (MoU) melibatkan kerjasama dua hala dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).
Malaysia-China meterai MoU pertukaran serta penghasilan kandungan kreatif
Malaysia dan China akan melaksanakan pertukaran serta penghasilan kandungan kreatif menerusi MoU yang termeterai hari ini.
Isu peruntukan pembangkang, dana pembangunan: 'Lebih baik wujudkan undang-undang'
Manimaran berpendapat respons pembangkang terhadap MoU yang ditawarkan Kerajaan Perpaduan ketika ini bersifat politik semata-mata.
Tiada sebab untuk tolak MoU peruntukan pembangkang - Penganalisis
Kandungan Perjanjian Persefahaman (MoU) mengenai peruntukan pembangkang seperti yang didedahkan oleh Timbalan Perdana Menteri II, Datuk Seri Fadillah Yusof adalah seimbang.
MoU: Penting demi pelihara identiti nasional, elak ancam semangat demokrasi berparlimen - Saifuddin
Menurut Saifuddin, ia adalah sebahagian daripada sarat nilai (value loaded) yang diterapkan parti itu.
MoU Peruntukan: Syarat seperti difikirkan Kerajaan, terserah Pembangkang terima atau tidak - Zahid
Ahmad Zahid menegaskan pihaknya sedia berunding, namun syarat MoU itu tidak akan 'lari' daripada kandungan asal yang diputuskan.
Yayasan Prihatin SPRM, ELMU Foundation martabat profesion penguat kuasa
Yayasan Prihatin SPRM dan ELMU Foundation menandatangani MoU bagi memperkemas kerjasama kedua-dua pihak dalam melaksanakan program peningkatan integriti, profesionalisme dan kebajikan.
Peruntukan pembangkang: Jemput pihak ketiga mulakan rundingan MoU
Antara nama yang boleh dipertimbangkan ialah bekas perdana menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, badan buka kerajaan seperti Bersih atau institusi rasmi seperti SPRM.