awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Nawal Shahirah sudah ditemui dalam keadaan selamat
Presiden Filipina Marcos kata kesihatan semakin baik, doktor berikan penilaian positif
Sekatan perpindahan pemain Kelantan TRW ditarik balik - MFL
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Usahawan Digital TM perkasa lebih 2,000 usahawan B40

Bernama
Bernama
29/07/2025
23:50 MYT
Usahawan Digital TM perkasa lebih 2,000 usahawan B40
Telekom Malaysia menyumbang RM10 juta kepada Tabung Kesejahteraan Rakyat di bawah Program Keusahawanan Digital. - Foto TM
KUALA LUMPUR: Telekom Malaysia Bhd (TM), melalui Unifi Business, memperkenalkan Usahawan Digital TM untuk memperkasakan 2,200 usahawan B40 daripada pangkalan data eKasih, melengkapkan mereka dengan alatan dan kemahiran digital yang penting untuk berkembang maju dalam ekonomi digital.
Menurut peneraju kumpulan teknologi digital dan telekomunikasi bersepadu itu, inisiatif ini dianggarkan bernilai RM10 juta, dengan purata RM5,000 bagi setiap usahawan disampaikan dalam bentuk peranti, penyelesaian digital dan sumber latihan.
Katanya program itu merangkumi tiga teras utama - peningkatan kemahiran, alatan perniagaan digital dan program pemerkasaan.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM Amar Huzaimi Md Deris berkata sebagai pemacu masa depan digital negara, syarikat berbangga menjadi sebahagian daripada usaha bersama ini untuk memperkasakan rakyat.
"Melalui Usahawan Digital TM, kami menyediakan alatan digital, kemahiran dan sambungan 5G untuk membantu usahawan mikro meningkatkan mata pencarian mereka. Usaha ini sejajar dengan aspirasi Digital Powerhouse 2030 kami dalam menyokong pembangunan bakat dan inovasi di Malaysia," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Telekom Malaysia
#usahawan
#Usahawan Digital TM
#B40
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan