awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN cadang isu lambakan barangan import dimasukkan dalam terma, rujukan jawatankuasa khas
Lebih 4,000 kes kanser direkod sejak 2022 di Melaka - Ngwe
Belum ada garis masa bawa penambahan kerusi DUN Sarawak ke Parlimen - Alexander
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Usahawan EOY main peranan wujud pekerjaan

Rizal Zulkapli
Rizal Zulkapli
06/06/2013
00:30 MYT
Usahawan EOY main peranan wujud pekerjaan
Usahawan yang dinobatkan Ernst and Young memainkan peranan penting dalam pengwujudan pekerjaan global.
Menurut Timbalan Pengerusi Global Pembangunan Pasaran Ernst and Young Maria Pinelli, dalam masa tiga tahun kebelakangan ini, 49 usahawan yang berentap untuk Anugerah Usahawan Sedunia Ernst and Young di Monte Carlo telah menambah lebih 40 peratus pekerja baru.
Pinelli membuat kenyataan berkenaan semasa acara induksi 49 pemenang Anugerah Usahawan Tahunan Ernst and Young.
Menurutnya lagi, menariknya kesemua 49 pemenang ini menjana pendapatan lebih AS$40 billion (RM123.34 bilion).
Untuk tahun ini, Malaysia diwakili oleh Pengarah Urusan QL Resources, Dr Chia Song Kun.
Menurut Dr Chia, beliau amat berbangga dapat mewakili Malaysia dalam acara berprestij ini.
“Saya amat berbesar hati, berbangga dapat mewakili Malaysia ke WEOY. Saya akan cuba sebaik mungkin dalam dua hingga tiga hari ini untuk cuba memenanginya. Ia satu cabaran, namun saya akan cuba yang terbaik,” kata Dr Chia.
Tahun ini turut menyaksikan pemenang pelbagai kategori dari negara yang terlibat menghantar wakil untuk sesi perbincangan yang bermula Khamis.
Antaranya termasuk Usahawan Tahunan 2008, Tan Sri AK Nathan dari Eversendai dan Pemenang Anugerah Kategori Wanita 2002, Datuk Hazimah Zainuddin dari Hyrax Oil.
Topic Berkaitan
#Anugerah Usahawan Tahunan Ernst and Young
#Monte Carlo
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan