BISNES
UUM, LHDN Kedah teroka kerjasama strategik dalam akademik dan percukaian
Naib Canselor UUM, Prof Ahmad Martadha Mohamed (kanan) menerima kunjungan hormat warga LHDN diketuai Pengarah Negeri LHDN Kedah, Nor Azam Mohamad baru-baru ini. - Foto UUM
SINTOK: Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Kedah meneroka pelbagai bentuk kerjasama strategik melibatkan bidang akademik, latihan, pembangunan bakat dan peningkatan kompetensi percukaian bagi memperkukuh hubungan antara institusi pendidikan tinggi dan agensi kerajaan.
Kunjungan hormat delegasi LHDN Kedah yang diketuai Pengarah Negeri, Nor Azam Mohamad, diterima oleh Naib Canselor UUM, Prof Ahmad Martadha Mohamed, di kampus universiti itu baru-baru ini.
Pertemuan tersebut memberi tumpuan kepada peluang kolaborasi antara Tunku Puteri Intan Safinaz School of Accountancy (TISSA) UUM dan Akademi Percukaian Malaysia (APM), LHDN, khususnya dalam pembangunan program latihan profesional, modul akademik serta peningkatan kemahiran dalam bidang perakaunan dan percukaian.
Ahmad Martadha berkata program Perakaunan UUM merupakan antara program teras universiti itu dan berpotensi menjadi sumber penting dalam membekalkan tenaga mahir kepada LHDN.
“Graduan Perakaunan UUM telah terbukti memenuhi keperluan pasaran. Mereka mempunyai potensi besar sebagai ‘feeder’ kepada LHDN untuk memperkukuh modal insan agensi berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan.
Selain kerjasama akademik, kedua-dua pihak turut membincangkan penyediaan peluang latihan industri bagi pelajar TISSA di LHDN, bagi memberi pendedahan kepada persekitaran kerja sebenar serta amalan profesional dalam percukaian.
Turut dibincangkan ialah cadangan penganjuran program sukan bersama antara TISSA UUM dan LHDN untuk mengukuhkan hubungan dua hala dalam suasana lebih santai, selain penganjuran seminar bersama melibatkan isu percukaian semasa, yang bakal menjadi platform dialog akademik dan industri.
Sementara itu, Nor Azam berkata LHDN bersedia membantu universiti melalui penyediaan khidmat nasihat dan konsultasi dalam bidang percukaian.
“LHDN sentiasa komited menyokong institusi pendidikan melalui perkongsian ilmu bagi memperkukuh pemahaman serta tadbir urus kewangan yang baik,” katanya.
Beliau turut menyatakan hasrat untuk memanfaatkan kepakaran akademik UUM dalam pembangunan latihan dan modul di Akademi Percukaian Malaysia.
“Kepakaran UUM dalam perakaunan dan percukaian amat signifikan bagi membantu APM memperkukuh modul latihan serta menghubungkan aspek teori dan amalan,” tambahnya.
Kenyataan itu menyebut bahawa pertemuan berkenaan menandakan langkah awal ke arah pembentukan kerjasama lebih menyeluruh yang dijangka memberi manfaat kepada pembangunan modal insan berkualiti serta peningkatan ilmu dan amalan percukaian negara.
Turut hadir, Pengarah Akademi Percukaian Malaysia, Nooriah Mohd Mainuri, bersama pegawai kanan UUM dan LHDN.