KUALA LUMPUR: Vale, pelabur asing terbesar Perak dan InvestPerak semalam bersama-sama menganjurkan lawatan membawa lima duta Amerika Selatan ke Terminal Maritim Teluk Rubiah (TRMT) di Manjung, Perak.
Ketua Pegawai Eksekutif Vale in Malaysia Rodrigo Ribeiro de Araujo berkata syarikat itu berminat untuk berkongsi pengalamannya dalam menjalankan perniagaan di Perak dengan bakal pelabur dari Negara-Negara Amerika Latin dan Caribbean (GRULAC).
"Negeri Perak yang mesra pelabur berpotensi untuk menjadi salah satu kawasan utama pertumbuhan rantau ini," katanya dalam satu kenyataan di sini.
Delegasi dari kedutaan Argentina, Brazil, Chile, Cuba dan Peru meluangkan masa separuh hari melawat tapak Manjung yang menempatkan pusat pengedaran bijih besi Vale untuk rantau Asia Pasifik.
Rodrigo berkata syarikat itu memulakan operasinya di Perak pada tahun 2011 dan telah menawarkan lebih 1,000 pekerjaan untuk rakyat Malaysia.
"Perak adalah penting dalam strategi rantaian bekalan Vale di Asia Pasifik, pasaran serantau bijih besi terbesar di dunia. Lokasi geografi TRMT yang strategik membolehkan kami membawa hasil lombong kami di Brazil lebih dekat dengan pelanggan kami di rantau ini," katanya.
Beliau berkata operasi Vale di TRMT juga mendapat manfaat daripada rangkaian infrastruktur Perak yang lengkap dan sudah bertambah baik.
"Tenaga kerja langsung kami di TRMT terdiri daripada lebih 90 peratus rakyat Perak dan kami telah mengenal pasti ketersediaan kumpulan bakat berkemahiran tinggi di negeri ini sebagai kekuatan teras," katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif InvestPerak Izran Abdullah berkata: "Vale ialah sumber tunggal terbesar pelaburan langsung asing (FDI) di negeri ini dan kami menantikan kehadiran berterusan syarikat itu di negeri ini.
"Rekod prestasi penciptaan nilai produktif untuk Vale di Perak adalah bukti keupayaan negeri menjana cadangan nilai yang menarik untuk sebuah syarikat global," katanya.
Vale, salah satu syarikat perlombongan terbesar di dunia ialah pengeluar bijih besi dan nikel terkemuka global.
Hab pengedaran Vale di Manjung direka untuk mengendalikan 30 juta tan bijih besi setahun.
Pelaburan AS$1.4 bilion dalam TRMT kekal sebagai FDI tunggal terbesar di Perak.
TRMT ialah salah satu pelabuhan automasi sepenuhnya yang pertama di rantau ini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 17 2022
Rodrigo (kiri) dan Izran (dua, kanan) ketika melawat tapak Manjung yang menempatkan pusat pengedaran bijih besi Vale untuk rantau Asia Pasifik. - Foto ihsan Vale
KL20: Shariah-compliant startup revolution
Ringgit dibuka rendah berikutan dolar kekal tinggi menjelang data KDNK AS
Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.7825/7870 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
AWANI Ringkas: Mangsa nahas helikopter dikebumi hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Terengganu mampu tanggung 50 peratus hutang PTPTN rakyat
Perkara itu boleh dilaksanakan sebagaimana dilakukan kerajaan Sarawak bagi memberi suntikan dan galakan kepada golongan pelajar.
Buruh ladang warga Indonesia maut dipanah petir
Mangsa dikenali sebagai Kamarudin,40, berasal dari Montong Berore, Mataram, Lombok disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
OpenAcademy: How microlearning transforms Malaysia's work landscape?
OpenAcademy, a Malaysian ed-tech startup, directly addresses the critical need for workforce upskilling in Malaysia. Their user-friendly mobile platform delivers microlearning modules focused on practical, industry-relevant digital skills. This empowers Malaysians at all career stages to enhance their skill sets and remain competitive in the evolving digital landscape.
The future of Malaysia's semiconductor industry
The Investment, Trade and Industry Ministry (MITI) will draw up a comprehensive strategic semiconductor plan to ensure that malaysia remains the chosen investment destination for this strategic industry. What role does Malaysia currently play in the global semiconductor supply chain, and how do you see this evolving in the coming years?
Mesyuarat PAC: Teliti projek penyelidikan, isu industri sawit negara
MPOB komited untuk menangani isu-isu industri dengan berkesan di samping memperhebat usaha penyelidikan dan pembangunan.
Bantahan perang di Gaza meningkat di universiti, kolej AS
Penunjuk perasaan mendesak agar dihentikan korban awam di Gaza yang kini mencecah lebih 34,000.
MITI optimis prestasi perdagangan lebih baik pada 2024
Tengku Zafrul menjelaskan, MITI juga memperbaharui fokusnya dengan berpaksikan kepada empat tunjang utama iaitu ekonomi, kelestarian, rakyat dan inovasi.
Empangan runtuh: Gergasi perlombongan Vale didenda US$17 juta
Empangan Vale pecah di Brumadinho, menyebabkan sekurang-kurangnya 270 orang terbunuh atau hilang.
Vale, InvestPerak bekerjasama tarik pelabur dari negara Amerika Latin dan Caribbean
Syarikat itu berminat berkongsi pengalaman dalam menjalankan perniagaan di Perak dengan bakal pelabur dari GRULAC.
Angka kematian empangan runtuh di Brazil meningkat kepada 115
Angka kematian akibat empangan runtuh di Brumadinho pada 25 Januari meningkat kepada 115 orang manakala 248 lagi dilaporkan hilang.