Vietjet lancar laluan terus baharu Kuala Lumpur-Da Nang

Penerbangan pergi balik setiap hari kini menjadikan jumlah keseluruhan 42 penerbangan mingguan antara kedua-dua negara. - Gambar hiasan/Reuters
KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan swasta terbesar Vietnam, Vietjet telah melancarkan perkhidmatan terus antara Kuala Lumpur dan Da Nang, memperluaskan rangkaian antarabangsanya selain menyediakan pintu masuk yang mudah serta berpatutan kepada pelancong Malaysia memasuki Vietnam Tengah.
Ringkasan AI
- Vietjet lancar penerbangan terus Kuala LumpurDa Nang, menjadikan laluan ketiga antara Malaysia dan Vietnam selepas Hanoi dan Ho Chi Minh City.
- Penerbangan pergi balik setiap hari kini menjadikan jumlah keseluruhan 42 penerbangan mingguan antara kedua-dua negara.
- Tambang promosi serendah RM166 sehala ditawarkan setiap hari Jumaat dan boleh ditempah melalui laman web atau aplikasi mudah alih Vietjet Air.
Vietjet menawarkan tambang promosi terhad untuk penerbangan Malaysia-Vietnam daripada hanya RM166 (termasuk cukai dan yuran) sehala, setiap hari Jumaat.
Tiket kini boleh didapati melalui www.vietjetair.com serta aplikasi mudah alih Vietjet Air.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


