awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Vincent Tan nafi labur AS$250 juta dalam projek "The Formula"

Bernama
Bernama
12/09/2018
11:42 MYT
Vincent Tan nafi labur  AS$250 juta dalam projek "The Formula"
Tan berkata, ini bukan kali pertama namanya digunakan tanpa pengetahuan atau kebenarannya bagi tujuan memberi kredibiliti kepada penipuan pelaburan dalam talian. - Gambar fail
Pengerusi Eksekutif Berjaya Corporation Bhd, Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun menafikan yang beliau telah melabur AS$250 juta dalam projek yang dikenali sebagai "The Formula".
Beliau berkata demikian ketika merujuk kepada artikel media dalam talian yang bertajuk "Vincent Tan membalas jasa orang ramai dengan projek terbarunya", iaitu "The Formula", platform perdagangan saham yang dikatakan yang menggunakan algoritma yang membolehkankan dagangan dilaksanakan melaluinya untuk melabur dalam pasaran saham dengan ketepatan 80 peratus.
"Saya ingin menafikan yang saya telah membuat pelaburan dalam projek ini atau saya terlibat dengannya.
"Tidak ada kebenaran dalam laporan ini yang saya percaya telah dilakukan oleh orang yang tidak bertanggungjawab untuk menipu orang ramai," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tan berkata, ini bukan kali pertama namanya digunakan tanpa pengetahuan atau kebenarannya bagi tujuan memberi kredibiliti kepada penipuan pelaburan dalam talian.
"Saya telah melaporkan perkara ini kepada pihak berkuasa yang berkaitan supaya tindakan yang sewajarnya dapat diambil. Saya menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan janji-janji untuk kaya cepat agar tidak menjadi mangsa penipuan seperti ini," tambahnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#atas talian
#Berjaya
#pelaburan
#Tan Sri Vincent Tan
#The Formula
#Vincent Tan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan