awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wang dengan tandatangan Gabenor Bank Negara baharu bakal diedar

Bernama
Bernama
05/08/2016
00:26 MYT
Wang dengan tandatangan Gabenor Bank Negara baharu bakal diedar
Muhammad berkata, BNM memerlukan sedikit masa bagi menghabiskan (pengedaran) wang kertas sedia ada yang memaparkan tandatangan mantan gabenor. - Gambar Fail
Wang kertas yang ditandatangani Gabenor Bank Negara (BNM) baharu, Datuk Muhammad Ibrahim dijangka diedarkan dalam masa dua hingga tiga bulan ini.
Muhammad berkata, BNM memerlukan sedikit masa bagi menghabiskan (pengedaran) wang kertas sedia ada yang memaparkan tandatangan mantan gabenor dan digantikan dengan wang kertas baharu.
"Sebaik sahaja stok (wang kertas sedia ada) selesai diedarkan, kami akan menggantikannya dengan yang baharu. Proses ini akan memakan masa kira-kira dua hingga tiga bulan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada wartawan selepas majlis pelancaran pameran "Works on Paper: Art Inside the Wallet" di sini, pada Khami..
Sebanyak 30 wang kertas berusia seawal abad 14 hingga 21 dari 10 negara, akan dipamerkan mulai hari ini hingga 30 November 2016 di Muzium dan Galeri Seni BNM.
Pameran itu menyentuh keunikan aspek reka bentuk dan ciri-ciri keselamatan wang kertas dan menyingkap kisah mengenai nilai serta identiti kebangsaan sesebuah negara pada satu-satu masa tertentu, menyamai mesej disampaikan oleh paparan hasil seni.
Acara itu turut menyediakan sudut memaparkan maklumat mengenai proses rekaan wang kertas, fungsi pusat tunai secara automatik dan bilik gelap bagi tujuan pemeriksaan ciri-ciri keselamatan.
Terdahulu, ketika berucap, Muhammad berkata wang kertas mana-mana negara sekalipun adalah unik dan menjadi simbol identiti negara pengeluarnya serta menjadi ikon paling dikenali selepas bendera kebangsaan.
"Bank pusat dan dasar monetari (serata dunia) menggunakan sumber dan usaha bagi menghasilkan rekaan wang kertas mereka. Ia bukan sahaja untuk dilihat menarik, tetapi lebih penting adalah memaparkan keunikan identiti negara asal.
"Wang kertas itu menggabungkan aspek semula jadi serta sudut budaya negara itu selain sisi sejarah, masyarakat, ekonomi dan teknologi," katanya.
Topic Berkaitan
#BNM
#Datuk Muhammad Ibrahim
#Gabenor Bank Negara
#wang kertas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan