BISNES

Webull Malaysia: Membuka akses pelaburan digital untuk semua rakyat Malaysia

Astro Awani 24/10/2025 | 06:45 MYT
Webull muncul sebagai platform pelaburan digital pertama di Malaysia yang menawarkan dagangan sekuriti serta niaga hadapan dalam satu aplikasi. - Foto Webull Malaysia
KUALA LUMPUR: Webull Malaysia, sebuah platform pelaburan digital yang bukan sekadar menyediakan akses dagangan secara mudah dan kos rendah, tetapi turut memperkukuh inovasi, pendidikan kewangan, dan keyakinan pelabur tempatan.


Ringkasan AI
  • Webull Malaysia diiktiraf sebagai 'Aplikasi Pelaburan Runcit Terbaik' dan kini menjadi peneraju pelaburan digital dengan dagangan sekuriti serta niaga hadapan dalam satu aplikasi.
  • Platform ini menawarkan yuran broker rendah, tiada caj platform, saham pecahan serendah AS$1 untuk pasaran AS, serta ciri mesra pengguna seperti sokongan Bahasa Melayu dan penapis saham patuh Syariah.
  • Webull menekankan keselamatan melalui kawal selia SC dan Bursa Malaysia, pengesahan 2FA, serta melancarkan kempen #SamaSamaWebull untuk mendekati masyarakat dan mempromosikan pelaburan digital.


Dengan pengiktirafan baru-baru ini sebagai “Aplikasi Pelaburan Runcit Terbaik” di PC.com Readers’ Choice Awards 2025, Webull kini mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju dalam pelaburan digital di Malaysia.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Webull Malaysia, Kenneth Chan, landskap pelaburan di Malaysia kini berubah dengan pantas seiring kemajuan teknologi digital.

“Semakin ramai rakyat memilih platform pelaburan dalam talian untuk mengembangkan aset dan meneroka pasaran global. Ini menunjukkan satu trend yang menandakan kemunculan generasi pelabur baharu yang lebih celik digital dan berdikari,” katanya.

Kenneth menambah bahawa negara ini merupakan pasaran strategik dengan asas pelabur runcit yang kukuh serta kesediaan tinggi untuk menerima teknologi baharu.

“Malaysia ialah pasaran yang strategik. Ramai rakyat sudah celik pelaburan, namun masih ada yang beranggapan pelaburan memerlukan modal besar. Kami mahu ubah persepsi itu,” jelas Kenneth.

Webull


Sebagai platform pelaburan digital pertama di Malaysia yang menawarkan dagangan sekuriti serta niaga hadapan dalam satu aplikasi, Webull menyediakan pengalaman pelaburan yang menyeluruh melalui satu aplikasi yang intuitif dan mudah digunakan.

Selain itu, pengguna boleh berdagang menggunakan data masa nyata daripada sumber bereputasi, serta mengakses kandungan pendidikan pelaburan yang padat dan mudah difahami melalui Webull Learn untuk membantu mereka membuat keputusan dengan lebih yakin.

Bagi yang ingin mencuba melabur, Webull Malaysia turut menawarkan paper trading melalui US Demo Account, iaitu ciri simulasi yang terdapat dalam aplikasi bagi membantu pengguna berlatih memahami teknik pembelian dan jualan mengikut gaya pelaburan masing-masing.

Platform ini turut menawarkan yuran broker rendah, tanpa caj platform, serta tiada jumlah minimum pelaburan bagi pasaran tempatan, menjadikan pelaburan lebih mudah diakses oleh semua. Webull kini melancarkan promosi dagangan saham di Bursa Malaysia dengan 0% yuran broker sehingga 31 Disember 2025.

Bagi pasaran Amerika Syarikat, Webull memperkenalkan saham pecahan serendah AS$1, menjadikannya broker digital pertama di Malaysia yang menawarkan kemudahan ini, sekali gus membolehkan rakyat Malaysia melabur dalam syarikat global dengan kos rendah.

Sementara itu, aplikasi Webull turut menampilkan sokongan Bahasa Melayu, penapis saham patuh Syariah, serta integrasi perbankan Islam, menjadikannya lebih inklusif dan mesra pengguna tempatan.

Ketika kes penipuan pelaburan semakin meningkat, Webull menegaskan bahawa keselamatan dan ketelusan kekal sebagai teras utama.

Platform ini dilesenkan dan dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) serta Bursa Malaysia, dan turut merupakan Peserta Perdagangan Bursa Malaysia Derivatif Berhad, bagi memastikan setiap transaksi dijalankan secara sah dan telus.

Dari segi teknologi, Webull menggunakan pengesahan dua faktor (2FA) dan biometrik bagi melindungi akaun pengguna.

“Kami mahu pelabur berasa yakin bahawa mereka melabur dalam persekitaran yang selamat, telus, dan patuh Syariah,” ujar Kenneth.

Webull juga melancarkan kempen #SamaSamaWebull bagi mendekati masyarakat secara lebih langsung dan meningkatkan kesedaran tentang pelaburan digital.

Selepas kejayaan di MRT TRX dan Bukit Bintang, kempen ini diteruskan di MRT Pasar Seni dari 19 Oktober hingga 14 November 2025.

Melalui kempen ini, orang ramai boleh mencuba aplikasi Webull, belajar cara berdagang, serta menikmati ganjaran seperti Touch ’n Go Reload PIN dan peluang memenangi hadiah bernilai sehingga RM80,000.

Kenneth menambah bahawa negara ini merupakan pasaran strategik dengan asas pelabur runcit yang kukuh serta kesediaan tinggi untuk menerima teknologi baharu.


Menjelang tahun-tahun akan datang, Webull berhasrat menjadikan pelaburan sebahagian daripada gaya hidup kewangan rakyat Malaysia.

“Matlamat kami ialah memastikan setiap orang, sama ada belia, usahawan kecil mahupun pelabur berpengalaman, dapat melabur dengan yakin, tanpa halangan,” kata Kenneth.

Webull Malaysia: Akses saham global dengan pelaburan mudah, kos rendah






#Webull #Malaysia #pelaburan #teknologi