awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
FEM 2026: Reformasi tatakelola bukan kempen mengejar tajuk berita, fasa sementara - PM Anwar
AirAsia perkenal laluan Kaohsiung-Osaka
Lelaki didakwa cuba sebabkan kematian, simbah petrol terhadap bekas teman wanita
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

WEF 2016: Syarikat perlu manfaat pola pertumbuhan penggunaan Asia Tenggara

Astro Awani
Astro Awani
01/06/2016
10:19 MYT
WEF 2016: Syarikat perlu manfaat pola pertumbuhan penggunaan Asia Tenggara
Menurut kajian McKinsey yang diterbitkan WEF, satu pertiga daripada pertumbuhan penggunaan pula akan datang daripada pertumbuhan populasi. -Gambar hiasan
Dua pertiga daripada pertumbuhan penggunaan di Asia Tenggara pada 2030 akan datang daripada perbelanjaan yang meningkat.
Menurut kajian McKinsey yang diterbitkan Forum Ekonomi Dunia, satu pertiga daripada pertumbuhan penggunaan pula akan datang daripada pertumbuhan populasi.
Tambahnya, corak pertumbuhan penggunaan ini tidak sekata di Asia Tenggara dan syarikat harus mengenal pasti sasaran pengguna mereka.
Ini termasuk apa yang dibeli dan di mana mereka tinggal.
Di dalam populasi dunia yang semakin lanjut usia, Asia Tenggara masih mendapat manfaat daripada pertumbuhan populasi dan KDNK.
Kajian tersebut turut mendapati kumpulan yang harus diberi perhatian adalah 20 juta penduduk Asia Tenggara berumur 60 tahun ke atas pada 2030.
Menurutnya, ini adalah pasaran pengguna yang penting dalam 15 tahun akan datang.
Dalam masa sama, pertumbuhan pengguna dalam tempoh itu akan turut tertumpu kepada bandar-bandar utama.
Jumlah isi rumah yang mampu berbelanja lebih akan turut meningkat dua kali ganda dengan Indonesia menyaksikan kumpulan penggunaan yang akan terus tumbuh.
Kajian turut mendapati lima bandar utama dengan penggunaan yang tinggi ialah Jakarta, Kuala Lumpur, Manila, Singapura dan Bangkok.
Topic Berkaitan
#Forum Ekonomi Dunia
#kajian McKinsey
#pertumbuhan penggunaan di Asia Tenggara
#WEF ASEAN 2016
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan