WEF ASEAN 2016 Kuala Lumpur melabuhkan tirai

Astro Awani
Jun 2, 2016 09:58 MYT
Kemboja mensasarkan untuk menjadi negara berpendapatan tinggi menjelang 2050, kata Hun Sen di majlis penutup WEF 2016.
Forum Ekonomi Dunia secara rasminya ditutup pada Khamis.
Ucapan penutup disampaikan tuan rumah WEF ASEAN 2017, Kemboja.
Dalam ucapannya, Perdana Menteri Kemboja Hun Sen menyatakan negara berkenaan mempunyai potensi besar dalam pelaburan dan ekonomi dalam masa akan datang.
Kemboja turut mensasarkan untuk menjadi negara berpendapatan tinggi menjelang 2050.
WEF berkenaan ASEAN bermula pada Rabu dan menampilkan perbincangan daripada pelbagai aspek tentang teknologi dan keterangkuman ASEAN.
#Forum Ekonomi Dunia #Hun Sen #Kemboja #keterangkuman ASEAN #WEF ASEAN 2016