BISNES
WEF2026: China pilih pendekatan pragmatik dalam perlumbaan AI global
Dason Tom berkata tinjauan menunjukkan 85 peratus penduduk China percaya pemanduan autonomi adalah selamat dan mampu meningkatkan kualiti hidup. - Gambar WEF
DAVOS: Ketika perbincangan global mengenai kecerdasan buatan (AI) sering tertumpu kepada perlumbaan membangunkan Artificial General Intelligence (AGI) dan penguasaan teknologi termaju, China dilihat mengorak langkah berbeza dengan memberi penekanan kepada penggunaan meluas AI dalam ekonomi sebenar.
Ringkasan AI
Pendekatan itu diketengahkan dalam beberapa sesi perbincangan pada Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos, yang memperlihatkan strategi China menumpukan kepada penyebaran, penerapan dan integrasi AI merentas sektor ekonomi dan kehidupan seharian menerusi pelan tindakan nasional dikenali sebagai “AI+”.
Fokus kepada penggunaan meluas, bukan AGI semata-mata
Pengarah Eksekutif Institut China bagi Strategi Pembangunan AI Generasi Baharu di Universiti Nankai, Gong Ke berkata dokumen rasmi pelan “AI+” sengaja tidak menekankan AGI atau teknologi cip canggih.
Menurut beliau, langkah itu bukan mencerminkan pengabaian terhadap kepentingan teknologi teras, sebaliknya merupakan keputusan strategik untuk memberi keutamaan kepada nilai praktikal AI dalam pengeluaran dan kehidupan harian.
“Dalam dokumen ini, tidak ada penekanan kepada AGI atau cip. Ini tidak bermakna kerajaan China tidak memahami kepentingannya, tetapi tumpuan telah diberikan kepada penyebaran dan penerapan AI bagi memastikan teknologi ini benar-benar menjana nilai ekonomi dan sosial,” katanya.
China menetapkan sasaran kadar penggunaan ejen AI dan peranti pintar melebihi 70 peratus menjelang 2027 dan 90 peratus pada 2030, sekali gus menandakan hasrat menjadikan AI sebagai utiliti asas nasional.
Sementara itu, Naib Presiden Eksekutif Kanan Tencent dan Ketua Pegawai Eksekutif Tencent Cloud and Smart Industries Group, Dason Tom, berkata China mempunyai ekosistem AI yang luas, melibatkan ratusan syarikat model AI, termasuk banyak yang bersifat sumber terbuka.
Menurut beliau, persaingan dan kerjasama dalam ekosistem itu membantu menurunkan kos, menawarkan lebih banyak pilihan kepada pengguna serta mempercepatkan transformasi industri dan sosial.
Kesediaan awam percepat penerapan teknologi
Budaya penerimaan teknologi dalam kalangan rakyat China turut dikenal pasti sebagai faktor pendorong utama kejayaan penerapan AI.
Dason Tom berkata tinjauan menunjukkan 85 peratus penduduk China percaya pemanduan autonomi adalah selamat dan mampu meningkatkan kualiti hidup.
Tahap keyakinan awam ini membolehkan penyelesaian berasaskan AI dilaksanakan dengan pantas, termasuk penggunaan ribuan teksi tanpa pemandu yang kini beroperasi di puluhan bandar di China.
Pemerhati melihat fenomena ini selari dengan penerimaan pesat teknologi lain sebelum ini, seperti kenderaan elektrik, tenaga solar dan telefon pintar.
Ringkasan AI
- China menumpukan kepada penggunaan meluas kecerdasan buatan (AI) dalam ekonomi sebenar, dengan strategi "AI+" yang menekankan penyebaran, penerapan, dan integrasi AI merentas sektor ekonomi serta kehidupan seharian.
- Dokumen rasmi pelan "AI+" China tidak menekankan Artificial General Intelligence (AGI) atau teknologi cip canggih, tetapi memberi keutamaan kepada nilai praktikal AI dalam pengeluaran dan kehidupan harian, dengan sasaran kadar penggunaan ejen AI dan peranti pintar melebihi 70 peratus menjelang 2027 dan 90 peratus pada 2030.
- Budaya penerimaan teknologi yang tinggi dalam kalangan rakyat China menjadi faktor penting dalam kejayaan penerapan AI, di mana 85 peratus penduduk China percaya pemanduan autonomi adalah selamat dan mampu meningkatkan kualiti hidup, membolehkan penyelesaian berasaskan AI dilaksanakan dengan pantas dalam pelbagai bidang termasuk penggunaan teksi tanpa pemandu.