BISNES
WEF2026: India dijangka muncul ekonomi ketiga terbesar dunia
Gita Gopinath, menyifatkan kemajuan India ke kedudukan ekonomi ketiga terbesar dunia sebagai satu kepastian berdasarkan trend dan data semasa. - Gambar WEF
DAVOS: Kebangkitan India sebagai ekonomi ketiga terbesar dunia dilihat hampir pasti berdasarkan unjuran semasa, namun para pemimpin global berpandangan cabaran sebenar negara itu jauh lebih kompleks berbanding sekadar kedudukan dalam carta ekonomi dunia.
Ringkasan AI
Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) baru-baru ini menyemak naik unjuran pertumbuhan ekonomi India kepada 7.3 peratus bagi 2026 berbanding enam peratus sebelum ini, sekali gus mengukuhkan kedudukan negara itu sebagai antara pemacu utama pertumbuhan ekonomi global ketika beberapa ekonomi utama lain berdepan ketidaktentuan.
Bagaimanapun, perbincangan sempena World Economic Forum (WEF) di Davod Switzerland, mendedahkan tumpuan kini beralih daripada soal bila India mencapai tangga ketiga kepada bagaimana pertumbuhan tersebut diurus serta impaknya terhadap kesejahteraan rakyat.
Kedudukan ekonomi ketiga dianggap kepastian matematik
Timbalan Pengarah Urusan IMF yang kini berkhidmat di Universiti Harvard, Gita Gopinath, menyifatkan kemajuan India ke kedudukan ekonomi ketiga terbesar dunia sebagai satu kepastian berdasarkan trend dan data semasa.
“Ia hanya soal masa, mungkin beberapa tahun sahaja. Berdasarkan angka yang ada, amat sukar untuk melihat bagaimana India tidak akan sampai ke tahap itu,” katanya.
Menurut beliau, sasaran itu berkemungkinan dicapai seawal 2028 bergantung kepada pelarasan semula asas pengiraan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) India.
Namun, Gopinath menegaskan cabaran utama bukan pada saiz ekonomi keseluruhan, sebaliknya pendapatan per kapita yang masih rendah berbanding ekonomi maju.
Pertumbuhan perlu diterjemahkan kepada kesejahteraan rakyat
Pandangan itu turut dikongsikan Pengerusi Bharti Enterprises, Sunil Bharti Mittal, yang menegaskan KDNK semata-mata tidak mencerminkan kesejahteraan rakyat.
“KDNK enam atau tujuh trilion dolar bagi populasi sekitar 1.5 hingga 1.6 bilion penduduk tidak mencukupi. Kita perlu mencapai 25 hingga 30 trilion dolar,” katanya.
Menurut Mittal, kejayaan ekonomi hanya bermakna jika pertumbuhan nasional diterjemahkan kepada peningkatan taraf hidup individu dalam jangka panjang.
Persekitaran perniagaan masih dipercayai boleh ditambah baik
India sering dilihat sebagai pasaran yang mencabar dari segi birokrasi, khususnya berkaitan pengambilan tanah dan pembaharuan sistem kehakiman.
Namun, Mittal yang berpengalaman menjalankan perniagaan di pelbagai wilayah dunia berkata India bukan antara negara paling sukar untuk beroperasi.
“Berdasarkan pengalaman saya, menjalankan perniagaan di Perancis atau United Kingdom adalah jauh lebih sukar,” katanya, sambil merujuk kepada beban birokrasi dan pematuhan peraturan di Eropah.
Kenyataan itu hadir ketika kerajaan India sedang melaksanakan penyederhanaan peraturan, termasuk pemansuhan lebih 1,600 undang-undang lapuk serta pengurangan puluhan ribu keperluan pematuhan.
India perlu laluan pertumbuhan sendiri
Dalam konteks geopolitik dan ekonomi global yang berubah, Mittal berpandangan India tidak boleh meniru model pertumbuhan China yang sebelum ini bergantung kepada peranan sebagai kilang dunia.
Menurutnya, landskap global kini berbeza, dengan kebimbangan terhadap keselamatan ekonomi dan rantaian bekalan semakin meningkat.
Gopinath turut menyifatkan susunan ekonomi global lama yang bertahan hampir lapan dekad kini sedang berakhir, digantikan dengan pendekatan lebih berhati-hati terhadap rantaian nilai strategik.
Dalam keadaan itu, India berusaha meletakkan dirinya sebagai rakan rantaian nilai yang dipercayai, bukan sekadar pembekal kos rendah.
Ringkasan AI
- IMF menaikkan unjuran pertumbuhan ekonomi India kepada 7.3 peratus bagi 2026, mengukuhkan kedudukan negara itu sebagai pemacu utama pertumbuhan ekonomi global.
- Pendapatan per kapita yang rendah menjadi cabaran utama berbanding saiz ekonomi keseluruhan India dalam mencapai kedudukan ketiga terbesar dunia.
- Fokus kini bukan sekadar pada kedudukan India dalam carta ekonomi dunia, tetapi bagaimana pertumbuhan ekonomi itu diurus serta kesan terhadap kesejahteraan rakyat perlu diberi perhatian.