BISNES
Westin Residences lancar menara kediaman tertinggi di Pulau Pinang
Raja Muda Perlis berkenan memotong riben sebagai gimik pelancaran Westin Residences Penang di George Town, 24 Sept 2025. Turut kelihatan, Yeoh (tiga, kanan). -- fotoBERNAMA
GEORGE TOWN: Sektor hartanah di Pulau Pinang mencatatkan peristiwa penting semalam dengan pelancaran rasmi Westin Residences Pulau Pinang setinggi 69 tingkat - bangunan kediaman tertinggi di utara Malaysia, yang direka dengan struktur kalis gempa bumi.
Pelancaran itu disempurnakan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail - yang juga Pengerusi Westfield Global Sdn Bhd di galeri jualan projek itu di Persiaran Gurney, di sini semalam.
Baginda diiringi oleh Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil. Yang turut hadir, Naib Presiden Pembangunan Hotel Asia Pasifik Marriott International Andree Susilo.
Dalam satu kenyataan yang diedarkan ketika pelancaran itu, Pengarah Urusan Kumpulan Westin Residences Pulau Pinang Datuk Yeoh Yih Sean berkata projek itu adalah susulan kejayaan kerjasama sebelum ini dengan Marriott International, termasuk Marriott Hotel dan Marriott Residences, Pulau Pinang.
Katanya, projek itu telah merekodkan kadar penghunian sebanyak 75 peratus sejak pelancaran awalnya.
"Sambutan yang menggalakkan ini merupakan bukti jelas kepada permintaan yang semakin meningkat bagi kediaman berjenama yang menyediakan gaya hidup yang berkualiti dan perkhidmatan jenama yang dipercayai," katanya.
Yeoh berkata pembeli boleh memilih daripada pelbagai jenis unit, daripada 1,033 kaki persegi ke 3,670 kaki persegi, dengan harga bermula daripada RM2,000 setiap kaki persegi.
-- BERNAMA

#Westin Residences
#menara kediaman tertinggi di Pulau Pinang
#Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail
#Raja Muda Perlis