awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SIRIM lancar program Kesediaan ESG perkukuh kelestarian industri Malaysia
Dzulkefly tekad pastikan akses rawatan penyakit jarang jumpa terus terbela
Kerajaan mungkin pertimbang semula sokongan terhadap sektor REIT - Amir Hamzah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Zawara mahu kembangkan perniagaan F&B ke luar negara

Bernama
Bernama
15/02/2016
13:04 MYT
Zawara mahu kembangkan perniagaan F&B ke luar negara
Kamarul berkata segmen makanan halal menawarkan peluang yang luas dan kopi pula diminati di seluruh dunia. - zawaracoffee.com
Jenama fesyen tempatan Zawara Sdn Bhd bercadang mengembangkan perniagaan baharunya, Zawara Coffee, ke pasaran antarabangsa pada 2017.
"Kami merancang perluaskan jenama Zawara Coffee ke Singapura dan Indonesia tahun depan serta ke Emiriah Arab Bersatu, Eropah dan Amerika Utara menjelang 2020," kata Pengasas dan Ketua Pengawai Eksekutif kumpulan, Kamarul Karim kepada pemberita, di sini hari ini.
Kamarul berkata segmen makanan halal menawarkan peluang yang luas dan kopi pula diminati di seluruh dunia.
Syarikat memperuntukkan RM5 juta bagi memperluas jenama Zawara Coffee di seluruh negara tahun ini, katanya.
"PNS (Perbadanan Nasional Bhd) akan membantu kami mengembang dengan memanfaatkan model francais," katanya.
Bagi perniagaan pakaian, Zawara memperuntukkan RM5 juta untuk meningkatkan pembangunan produk dan RM5 juta lagi bagi mengekalkan operasi perniagaan.
Topic Berkaitan
#Kamarul Karim Zawara
#Zawara Coffee
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan