Zeti: Calon Gabenor baru mesti mempunyai pengalaman luas

Najib Aroff
Mac 23, 2016 11:53 MYT
Zeti: Calon Gabenor Bank Negara harus mempunyai pengetahuan luas berkaitan persekitaran ekonomi dan kewangan bukan sahaja di peringkat tempatan malah dunia.
Calon Gabenor Bank Negara harus mempunyai pengetahuan luas berkaitan persekitaran ekonomi dan kewangan bukan sahaja di peringkat tempatan malah dunia.
Mengulas kesesuaian pengganti bagi jawatan ini, Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz berkata beliau yakin calon yang dicadangkan oleh jawatankuasa tadbir urus akan memastikan kriteria ini dipenuhi.
"Tidak semua orang boleh dilantik. Individu itu mesti mempunyai pengetahuan luas terutama dalam persekitaran semasa.
"Dari pengalaman peribadi saya, ia (pemilihan calon gabenor) semakin kompleks," ujar Zeti mengulas mengenai calon yang bakal menggantikan tempatnya pada pengumuman Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia (BNM) bagi 2015 di ibu negara pada Rabu.
Zeti berkata gabenor baru bakal diumumkan dalam tempoh kurang 38 hari sebelum beliau meninggalkan bank pusat itu.
Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan nama yang disenaraikan oleh Bank Negara kepada jawatankuasa berkenaan.
Zeti berkhidmat dengan bank pusat selama 35 tahun dan memimpin bank pusat itu sejak 16 tahun lalu.
#Bank Negara Malaysia #BNM #calon gabenor #gabenor bank pusat #Zeti