awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Badminton: Seorang pemain negara keluar BAM
18 maut dalam letupan dinamit di India
Ringgit dibuka rendah didorong risiko geopolitik mereda tingkatkan dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Zeti ganti Abdul Wahid sebagai Pengerusi PNB

Najib Aroff
Najib Aroff
29/06/2018
09:36 MYT
Zeti ganti Abdul Wahid sebagai Pengerusi PNB
Spekulasi perletakan jawatan Abdul Wahid bertiup kencang selepas kekalahan Barisan Nasional kerana beliau dilihat cenderung menyokong pelaksanaan dasar Cukai Barang dan Perkhidmatan - Foto Astro AWANI
Tan Sri Abdul Wahid Omar hari diumumkan bersara sebagai Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB) berkuatkuasa 30 Jun 2018, kata PNB dalam satu kenyataan.
Jawatan beliau akan digantikan Bekas Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Zeti Akhtar Aziz.
Selain itu Datuk Awang Adek Hussin akan turut melepaskan jawatan Pengarah PNB berkuatkuasa 30 Jun ini.
“PNB mengalu-alukan pelantikan Tan Sri Zeti dan melahirkan keyakinan berdasarkan pengalaman luas beliau sekaligus meneruskan kepimpinan utuh kepada Kumpulan PNB,” menurut kenyataan itu lagi.
Spekulasi perletakan jawatan Abdul Wahid bertiup kencang selepas kekalahan Barisan Nasional (BN) pada 9 Mei lalu.
Beliau dilantik menjadi Pengerusi Kumpulan PNB selepas tamat tempoh sebagai Senator dalam Kabinet Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Abdul Wahid turut mengepalai Unit Perancang Ekonomi (EPU) sewaktu berada dalam Kabinet sebelum menamatkan khidmat sebagai Senator pada Jun 2016.
Sebelum menyertai Kabinet Najib, Abdul Wahid merupakan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Maybank bermula Mei 2008 hingga Jun 2013.
Ia merupakan jawatan CEO ketiga beliau selepas memimpin Telekom Malaysia Berhad bermula Julai 2004 hingga ia berpisah dari Axiata Group Berhad pada April 2008.
Topic Berkaitan
#Abdul Wahid Omar
#CEO PNB
#Mahathir Mohamad
#Najib Razak
#Pakatan Harapan
#Permodalan Nasional Berhad
#Zeti Akhtar Aziz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan