BUSINESS

Zulkarnain Md Eusope dilantik sebagai Pengarah Urusan Pharmaniaga

Astro Awani 27/08/2020 | 14:53 MYT
Zulkarnain mempunyai pengalaman selama lebih 27 tahun dalam bidang kejuruteraan, perancangan korporat dan kemahiran tingkatkan latihan. - Astro AWANI
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif FELCRA Berhad, Datuk Zulkarnain Md Eusope dilantik sebagai Pengarah Urusan baharu Pharmaniaga Berhad (Pharmaniaga) berkuat kuasa serta-merta.
Pharmaniaga dalam satu kenyataan memaklumkan Zulkarnain mempunyai pengalaman selama lebih 27 tahun dalam bidang kejuruteraan, perancangan korporat dan kemahiran tingkatkan latihan.
Beliau sebelum ini menjadi Ketua Pegawai Eksekutif FELCRA pada 2016 sehingga 2018.
 Zulkarnaian mempunyai pengalaman selama lebih 27 tahun dalam bidang kejuruteraan, perancangan korporat, dan kemahiran tingkatkan latihan.
Sementara itu, Pharmaniaga turut mengumumkan Mohamed Iqbal Abdul Rahman dilantik sebagai sebagai Timbalan Pengarah Urusan.
Mohamed Iqbal yang mula berkhidmat di syarikat tersebut pada 2011 sebelum ini memikul tanggungjawab sebagai Ketua Pegawai Operasi.
 Pharmaniaga turut mengumumkan Mohamed Iqbal Abdul Rahman kini memegang jawatan sebagai Timbalan Pengarah Urusan.
#Datuk Zulkarnain Md Eusope #Mohamed Iqbal Abdul Rahman #pengarah urusan #Pharmaniaga #pharmaniaga berhad