awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sarawak tubuh jawatankuasa tangani isu banjir
Laluan mudah Aaron-Wooi Yik ke pusingan kedua Terbuka India
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

1,189 kematian akibat banjir Sumatera direkodkan setakat 12 Januari - BPNB

Bernama
Bernama
14/01/2026
14:00 MYT
1,189 kematian akibat banjir Sumatera direkodkan setakat 12 Januari - BPNB
Selain mengemas kini data impak semasa tempoh tindak balas kecemasan, Muhari berkata kerajaan telah melanjutkan status darurat di enam daerah di Wilayah Aceh. - Gambar fail/Reuters/Ajeng Dinar Ulfiana
JAKARTA: Agensi Pengurusan Bencana Nasional Indonesia (BNPB) merekodkan sebanyak 1,189 kematian akibat banjir dan tanah runtuh di wilayah Aceh, Sumatera Utara serta Sumatera Barat, berdasarkan data terkini setakat Isnin, 12 Januari, lapor Agensi Berita ANTARA.

Ringkasan AI
  • 1,189 kematian dilaporkan akibat banjir dan tanah runtuh di Aceh, Sumatera Utara, dan Sumatera Barat, dengan Aceh mencatatkan 550 kematian, Sumatera Utara 375, dan Sumatera Barat 231.
  • 141 orang dilaporkan hilang dan 195,542 penduduk kehilangan tempat tinggal, terutamanya di Aceh Utara dengan 67,876 orang terpaksa dipindahkan.
  • Kerajaan Indonesia melanjutkan status darurat di enam daerah di Aceh serta mempercepatkan usaha pemulihan melalui pembinaan jambatan Bailey dan Aramco, serta normalisasi sungai dan pembersihan kemudahan awam.

Ketua Pusat Data, Maklumat dan Komunikasi Bencana BNPB, Abdul Muhari pada Rabu berkata, jumlah korban itu merangkumi 550 kematian di Aceh, 375 di Sumatera Utara dan 231 di Sumatera Barat, manakala 33 lagi mangsa masih dalam proses pengecaman.
Agensi itu turut mencatatkan 141 orang hilang dan 195,542 penduduk hilang tempat tinggal, dengan Daerah Aceh Utara melaporkan jumlah pemindahan tertinggi iaitu seramai 67,876 orang.
Selain mengemas kini data impak semasa tempoh tindak balas kecemasan, Muhari berkata kerajaan telah melanjutkan status darurat di enam daerah di Wilayah Aceh.
Beliau berkata kerajaan juga sedang mempercepatkan usaha pemulihan semasa fasa peralihan kecemasan di berpuluh-puluh daerah dan bandar di seluruh Aceh, Sumatera Utara dan Sumatera Barat.
Semasa fasa pemulihan, agensi pengurusan bencana itu mengutamakan pemulihan infrastruktur penting, terutamanya pembinaan 270 jambatan Bailey di ketiga-tiga wilayah terbabit.
"Setakat ini, 20 jambatan telah dipasang, manakala 10 lagi sedang dalam pembinaan," kata Muhari.
Beliau menyatakan bahawa kerajaan juga telah mengerahkan 117 jambatan Aramco di Aceh bagi mempercepatkan pemulihan akses ke kawasan terpencil. Satu daripada struktur yang telah siap ialah Jambatan Bailey Jamur Ujung di laluan Bireuen - Takengon, yang kini boleh dilalui oleh kenderaan pacuan empat roda.
Sementara itu, pembinaan Jambatan Krueng Pelang di Aceh Tengah telah mencapai 80 peratus siap. Usaha pemulihan turut merangkumi normalisasi sungai dan pembersihan kemudahan awam yang dijalankan oleh tentera Indonesia, Polis Nasional dan pihak berkuasa tempatan.
Agensi itu juga sedang mempergiatkan operasi pengubahsuaian cuaca (OMC) bagi mengurangkan risiko cuaca ekstrem yang boleh mengganggu usaha pemulihan. Setakat Isnin (12 Jan), pembenihan awan terkumpul telah mencecah 1,150 sorti di Aceh, Sumatera Utara dan Sumatera Barat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tanah runtuh
#pusat data
#kemudahan awam
#pembenihan awan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan