awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

1 maut, 21 'hilang' dalam kebakaran kilang bateri di Korea Selatan

Agensi
Agensi
24/06/2024
05:18 MYT
1 maut, 21 'hilang' dalam kebakaran kilang bateri di Korea Selatan
Seorang maut dan 21 lagi 'hilang' selepas Kilang bateri litium dimiliki oleh Aricell di Seoul, Korea Selatan terbakar pada Isnin. - Gambar media sosial
SEOUL: Seorang dilaporkan maut, sementara 21 orang lagi ‘hilang’ ketika api terus marak dalam kejadian sebuah kilang bateri litium terbakar, di sini, hari ini.
Kilang bateri litium dimiliki oleh Aricell, pengeluar bateri utama Korea Selatan. Ia terletak di Hwaseong, di selatan ibu kota Seoul.
"Kami masih tidak dapat masuk ke dalam untuk menjalankan operasi menyelamat. Kami akan melaksanakannya sebaik sahaja api dapat dikawal," kata jurucakap bomba Kim Jin-Young kepada media.
"Seramai 21 pekerja tidak diketahui buat masa ini. Kami sedang mengenal pasti mangsa menerusi kenalan mereka yang diberikan oleh syarikat itu," tambah Kim.
Selain meragut nyawa seorang pekerja, kebakaran itu juga menyebabkan seorang mangsa melecur serius, tambahnya.
Berpuluh-puluh jentera bomba dikejarkan ke lokasi kebakaran untuk memadam api kebakaran.
Serentak itu, Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol mengeluarkan arahan kecemasan kepada pihak berkuasa dan menggesa pasukan keselamatan untuk "segera memindahkan pekerja yang terselamat bagi membolehkan tumpuan diberikan pada kerja-kerja mencari dan menyelamatkan mangsa kebakaran itu.”
Presiden turut memberi amaran kepada pihak berkuasa bahawa mereka harus "memastikan keselamatan anggota bomba memandangkan api merebak dengan pantas."
Sehingga kini, usaha memadam api serta menyelamatkan mangsa sedang dijalankan dan punca kebakaran tidak diketahui.
Korea Selatan merupakan pengeluar utama bateri termasuk yang digunakan dalam kenderaan elektrik dikeluarkan oleh pengeluar di seluruh dunia seperti Tesla. - Agensi
Topic Berkaitan
#kebakaran
#kilang bateri terbakar
#Aricell
#Korea Selatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan