Satu letupan yang dipercayai serangan bom bunuh diri berlaku di luar ibu pejabat polis Medan, Sumatera pada pagi Rabu.

Serangan tersebut yang dilaporkan berlaku jam 8.40 pagi waktu tempatan mengakibatkan sekurang-kurangnya seorang maut dan enam yang lain cedera, lapor Reuters.

Setakat ini, pihak berkuasa indonesia masih menyiasat punca serangan.

Jurucakap polis, Muhammad Iqbal berkata penyerang telah melepasi pondok pengawal sebelum memasuki balai polis berkenaan yang dipenuhi orang awam.

Katanya, penyerang mati di tempat kejadian selepas meletupkan bahan letupan yang dibawanya.


Mangsa yang cedera terdiri daripada empat anggota polis dan dua orang awam.

Media tempatan melaporkan letupan berlaku di kawasan letak kereta di luar Jabatan Narkotik, di ibu pejabat polis berkenaan.

Setakat ini, pihak berkuasa Indonesia masih menyiasat punca serangan.