awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

10,000 penduduk Rusia berarak bantah cara Putin tangani krisis politik

Agensi
Agensi
25/07/2020
23:19 MYT
10,000 penduduk Rusia berarak bantah cara Putin tangani krisis politik
Media tempatan melaporkan lebih 20,000 orang menyertai tunjuk perasaan membantah cara Presiden Russia kendali krisis politik dalaman. - Foto Anatoly Maltsev / Pool Photo via AP
Kira-kira 10,000 penduduk Rusia berarak di bandar Khabarovsk di timur negara itu bagi membantah cara Presiden Vladimir Putin mengendalikan krisis politik dalaman.
Tunjuk perasaan yang diadakan setiap hari Sabtu sejak tiga minggu lalu itu tercetus selepas penahanan gabenor wilayah yang popular, Sergei Furgal, atas tuduhan membunuh dan kini semakin mendapat sokongan serta merebak ke wilayah lain.
Penyokongnya menyifatkan penahanan itu bermotifkan politik, sekali gus mewujudkan masalah baharu kepada pentadbiran Putin yang masih bergelut dengan pandemik COVID-19.
Gesaan menuntut Putin meletak jawatan bergema sebagai sokongan kepada Furgal yang dikatakan menjadi sasaran kerana menewaskan calon pilihan presiden dalam pemilihan pada 2018.
Pihak berkuasa berkata sekitar 6,500 penunjuk perasaan berkumpul tetapi media tempatan melaporkan lebih 20,000 menyertai protes itu.
Perarakan seumpama itu jarang berlaku di Rusia, sekali gus menyaksikan keretakan dalam pimpinan Putin yang semakin dikecam selepas meraih undi kontroversi yang memungkinkannya memegang kuasa hingga 2036.
Topic Berkaitan
#berita politik
#calon
#koronavirus
#Media
#pandemik
#pemilihan
#politik
#presiden
#Russia
#rusuhan
#tuduhan bunuh
#tunjuk perasaan
#Vladimir Putin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan