DUNIA
10 cedera dalam letupan stesen minyak di Rom
Sekurang-kurangnya 10 orang cedera dalam letupan besar di stesen minyak dan gas LPG di Prenestino, Rom, awal pagi Jumaat. -Foto AP
ROM: Sekurang-kurangnya 10 orang dilaporkan cedera dalam letupan besar di stesen minyak dan gas LPG di daerah Prenestino, Rom awal pagi Jumaat.
Ringkasan AI
Menurut pihak berkuasa tempatan, letupan sekitar jam 8 pagi waktu tempatan di Via dei Gordiani itu mengakibatkan bebola api besar dan asap hitam tebal menyelubungi langit ibu kota Itali, dengan gegaran dirasai di beberapa kawasan berhampiran.
Laporan awal menyebut bahawa kebakaran dipercayai tercetus apabila sebuah lori melanggar saluran paip, menyebabkan pam yang bersambung dengan tangki gas tercabut.
Pasukan bomba dan perubatan yang berada di lokasi terperangkap dalam letupan susulan yang turut memecahkan tingkap serta merosakkan bangunan berdekatan.
Antara yang cedera termasuk lapan anggota polis, seorang anggota bomba, dan seorang paramedik.
Lima mangsa telah dihantar ke Hospital San Giovanni dan Umberto I dengan kecederaan akibat terbakar dan terkena serpihan kaca.
Pasukan penyelamat berusaha memadamkan kebakaran sekunder yang merebak ke depot kenderaan bersebelahan.
Polis telah menutup kawasan sekitar dan menghentikan operasi di Stesen Teano bagi Laluan Metro C sebagai langkah keselamatan.
Pejabat Perdana Menteri Itali, Giorgia Meloni, memaklumkan bahawa beliau sedang berhubung dengan Datuk Bandar Rom, Roberto Gualtieri, bagi memastikan keselamatan kawasan dan menilai kerosakan struktur yang berlaku.
Siasatan rasmi telah dibuka oleh pihak pendakwa bagi mengenal pasti punca kejadian.
Ringkasan AI
- Sekurang-kurangnya 10 orang cedera dalam letupan besar di stesen minyak dan gas LPG di Prenestino, Rom, awal pagi Jumaat, termasuk anggota polis, bomba dan paramedik.
- Letupan dipercayai berpunca daripada pelanggaran lori terhadap saluran paip, menyebabkan kebakaran dan letupan susulan yang merosakkan bangunan serta memecahkan tingkap.
- Kawasan sekitar telah ditutup dan operasi Metro C dihentikan; siasatan rasmi sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian.