10 maut, 30 cedera bas terhumban ke dalam sungai di Sri Lanka

Bernama
Julai 10, 2023 03:12 MYT
Kecuaian pemandu dipercayai jadi punca kepada nahas yang melibatkan bas dalam perjalanan dari Polonnaruwa menuju ke Kaththankudy, terhumban ke dalam sungai, di Sri Lanka, pada Ahad. - Foto media sosial/Sinar Harian
COLOMBO: Sekurang-kurangnya 10 penumpang terbunuh dan lebih 30 cedera selepas bas yang dalam perjalanan dari Polonnaruwa yang terletak di wilayah tengah menuju ke Kaththankudy di timur Sri Lanka, terhumban ke dalam sungai, pada Ahad.
Bas itu melanggar Jambatan Kotaleeya di Manampitiya sebelum terhumban ke dalam Sungai Mahaweli, kata jurucakap polis Nihal Thalduwa, lapor Xinhua.
Beliau berkata mayat mangsa dan mereka yang cedera dibawa ke Hospital Polonnaruwa.
Laporan awal mendapati kecuaian pemandu menjadi punca kepada nahas itu.
-- BERNAMA
#Sri Lanka #bas terhumban dalam sungai #penumpang bas maut #Sungai Mahaweli