[TERKINI] Ketegangan Memuncak: Iran Lancar 9 Serangan ke Atas Israel dalam 24 Jam. Ikuti laporan terkini di sini.
INTERNATIONAL

10 maut, 30 hilang dalam insiden tanah runtuh di Nepal

Astro Awani 10/07/2020 | 23:30 MYT
Menurut pihak berkuasa, tujuh individu yang meninggal dunia adalah mangsa di tiga kawasan berbeza di sekitar bandar peranginan Pokhara. - Screengrab \ AP
Seramai 10 penduduk maut manakala 30 lagi hilang dalam insiden tanah runtuh akibat hujan lebat di Nepal.
Menurut pihak berkuasa, tujuh individu yang meninggal dunia adalah mangsa di tiga kawasan berbeza di sekitar bandar peranginan Pokhara.
Pokhara, 200 kilometer dari barat ibu kota Kathmandu terkenal di kalangan pelancong.
Ia juga jadi pangkalan bagi para pendaki yang menuju ke laluan gunung.
Di utara Pokhara, tanah runtuh melanda dua kampung di daerah Myagdi dan merosakkan 37 buah rumah.
Jurucakap kerajaan Nepal, Mahesh Subedi berkata setakat ini tiga mayat telah ditemukan tetapi 30 lagi masih hilang.
Jalan raya juga tersekat disebabkan tanah runtuh.
Ini menjadikan usaha menyelamat sukar, ditambah dengan cuaca buruk.
#Kathmandu #Mahesh Subedi #Myagdi #Nepal #pelancong #Pokhara #tanah runtuh