awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Azmin umum letak jawatan Setiausaha Agung Perikatan Nasional
Tiba masa nilai semula hubungan dengan Bersatu - Pemuda Pas Selangor
[KOLUMNIS] 2026: Krisis peralihan serentak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

10 maut, 33 hilang dalam banjir kilat di China

Astro Awani
Astro Awani
08/08/2025
11:20 MYT
10 maut, 33 hilang dalam banjir kilat di China
Pandangan atas dari dron menunjukkan rumah dan kolam ternakan ikan dilanda banjir selepas hujan lebat melanda Qingyuan, wilayah Guangdong, China pada 8 Ogos 2025. -Reuters
BEIJING: Sekurang-kurangnya 10 orang terkorban manakala 33 lagi dilaporkan hilang selepas banjir kilat melanda wilayah Gansu di barat laut China susulan hujan lebat berterusan sejak Selasa.

Ringkasan AI
  • Sekurang-kurangnya 10 orang terkorban dan 33 lagi hilang selepas banjir kilat melanda wilayah Gansu di barat laut China susulan hujan lebat berterusan sejak Selasa.
  • Presiden Xi Jinping mengarahkan operasi menyeluruh mencari dan menyelamat serta pemulihan infrastruktur, dengan pasukan tentera dan sukarelawan digerakkan ke kawasan terjejas.
  • Insiden berlaku ketika China berdepan cuaca ekstrem berterusan, termasuk gelombang haba dan hujan lebat yang telah meragut puluhan nyawa di wilayah lain seperti Beijing dan Hebei.

Menurut laporan agensi berita Xinhua dan stesen penyiaran CCTV, hujan luar biasa telah mencetuskan limpahan air sungai serta runtuhan tanah di kawasan pergunungan berhampiran bandar Lanzhou, menyebabkan ribuan penduduk terputus hubungan.
“Setakat jam 3.30 petang waktu tempatan, 10 kematian telah disahkan manakala 33 individu masih belum ditemui,” kata kenyataan rasmi pihak berkuasa tempatan.
Presiden China, Xi Jinping, mengarahkan semua agensi berkaitan digerakkan sepenuhnya bagi melaksanakan operasi mencari dan menyelamat, serta memulihkan infrastruktur asas yang rosak.
Beliau turut menekankan keperluan mengenal pasti risiko banjir dan memperkukuh langkah pencegahan di seluruh negara.
Pasukan penyelamat termasuk anggota tentera dan sukarelawan kini sedang menjalankan operasi kecemasan di kawasan terjejas, dengan bantuan jentera berat untuk menembusi laluan yang tertimbus akibat lumpur dan batu besar.
Rakaman yang tular di platform media sosial Weibo menunjukkan penduduk dipandu keluar dari kawasan banjir melalui arus deras berlumpur, manakala jalan-jalan utama dilaporkan rosak teruk.
Insiden ini berlaku ketika China terus berdepan cuaca ekstrem, termasuk gelombang haba dan hujan lebat yang telah meragut puluhan nyawa di wilayah lain seperti Beijing dan Hebei bulan lalu.
Topic Berkaitan
#banjir kilat
#China
#Xi Jinping
#hujan lebat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan