Terkini: Kes Kematian Zara Qairina – Ikuti Perkembangan di Sini
DUNIA

10 maut, 37 cedera bas terjunam dalam gaung di selatan Peru

Bernama 12/08/2025 | 02:20 MYT
Polis tempatan menyelamatkan 37 penumpang yang terperangkap dan mangsa dihantar ke hospital berdekatan untuk menerima rawatan. - Foto X/Agencia Andina
LIMA: Sekurang-kurangnya 10 orang maut dan 37 lagi cedera apabila sebuah bas terjunam kira-kira 200 meter ke dalam gaung di wilayah Sandia, daerah Puno, selatan Peru pada Ahad malam.

Bas dilaporkan dalam perjalanan dari bandar Juliaca ke Daerah San Pedro de Putina Punco sebelum terjunam ke Sungai Inambari, lapor Xinhua memetik polis tempatan pada Isnin.

Polis tempatan menyelamatkan 37 penumpang yang terperangkap dan mangsa dihantar ke hospital berdekatan untuk menerima rawatan.

Punca kemalangan masih dalam siasatan.

-- BERNAMA








#Nahas #bas #gaung #Sungai Inambari