awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
LHDN kesan RM1.4 bilion pendapatan tidak dilapor hasil semakan e-Invois
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

10 maut, 9 hilang akibat hujan lebat, tanah runtuh di Korea Selatan

Bernama
Bernama
20/07/2025
02:10 MYT
10 maut, 9 hilang akibat hujan lebat, tanah runtuh di Korea Selatan
Kerja menyelamat masih dijalankan di Sancheong yang mungkin menyebabkan perubahan pada angka kematian. Seramai 58 orang telah diselamatkan dari daerah itu sahaja. - Gambar Reuters
SEOUL: Seramai 10 orang maut manakala sembilan lagi dilaporkan hilang dalam kejadian hujan lebat dan tanah runtuh yang bermula di seluruh Korea Selatan sejak empat hari lalu, menurut kerajaan pada Ahad.
Menurut Agensi Berita Yonhap, data daripada Kementerian Dalam Negeri dan Agensi Bomba Kebangsaan, setakat 5 pagi Ahad menunjukkan sebahagian besar angka korban -- enam maut dan tujuh hilang -- dicatatkan di daerah selatan Sancheong.
Kematian lain berlaku di Osan, Wilayah Gyeonggi; Seosan, Wilayah Chungcheong Selatan dan Dangjin, Chungcheong Selatan.
Dua daripada sembilan mangsa yang masih hilang pula dilaporkan di bandar Gwangju di barat daya negara itu.
Pegawai bomba berkata, kerja menyelamat masih dijalankan di Sancheong yang mungkin menyebabkan perubahan pada angka kematian. Seramai 58 orang telah diselamatkan dari daerah itu sahaja.
Hujan lebat telah melanda negara itu sejak Rabu, dengan Sancheong menerima jumlah kumulatif hujan sebanyak 793.5 milimeter (mm).
Daerah bersebelahan, Hapcheon, menerima 699 mm, manakala daerah berdekatan, Hadong, menerima 621.5 mm.
Pihak berkuasa telah merekodkan 1,920 kes melibatkan jalan raya dinaiki air, hakisan tanah dan kemusnahan kemudahan awam serta 2,234 kes kerosakan harta benda persendirian, termasuk bangunan dan tanah ladang.
Seramai 12,921 orang telah dipindahkan ke pusat perlindungan di 14 bandar utama dan wilayah.
Hujan lebat diramalkan berterusan di kawasan ibu negara dan Wilayah Gangwon sehingga pagi Ahad.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Korea Selatan
#tanah runtuh
#hujan lebat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan