DUNIA
10 maut dalam insiden tembakan di sekolah Austria

Sepuluh individu terbunuh dan beberapa lagi cedera dalam insiden tembakan di sebuah sekolah di Graz, Austria, yang dipercayai dilakukan oleh seorang bekas pelajar. -X Abhijit Pathak
VIENNA: Sekurang-kurangnya 10 individu maut dalam insiden tembakan di sekolah menengah Dreierschuetzengasse di Graz, Austria, pada pagi Selasa, menurut laporan media tempatan.
Ringkasan AI
- Sekurang-kurangnya 10 individu terbunuh, termasuk tujuh pelajar dan seorang dewasa, dalam insiden tembakan di sekolah menengah Dreierschuetzengasse di Graz, Austria.
- Suspek, dipercayai bekas pelajar berusia 22 tahun, bersenjatakan senapang patah dan pistol, membunuh diri selepas melepaskan tembakan ke dalam dua bilik darjah sekitar jam 10 pagi.
- Insiden berlaku beberapa hari sebelum ulang tahun ke-10 tragedi rempuhan dan tikaman rambang di Graz pada 2015, dan operasi besar-besaran telah dijalankan oleh pihak polis untuk menyelamatkan guru dan pelajar.
Laporan media tempatan menyebut bahawa suspek memasuki dua bilik darjah dengan bersenjatakan senapang patah dan pistol sebelum melepaskan tembakan sekitar jam 10 pagi waktu tempatan.
Guru dan pelajar dilaporkan cuba berlindung dengan bersembunyi di dalam kelas sebelum diselamatkan pihak berkuasa.
Polis Austria mengesahkan operasi besar-besaran dijalankan selepas tembakan kedengaran di dalam sekolah sekitar jam 10 pagi waktu tempatan.
Sekolah itu kini telah dikosongkan dan disahkan selamat, namun pihak berkuasa masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti motif kejadian.
Insiden ini berlaku hanya beberapa hari sebelum ulang tahun ke-10 kejadian rempuhan dan tikaman rambang di Graz pada 20 Jun 2015.
Dalam kejadian itu, suspek Alen Rizvanović telah memandu sebuah SUV dengan kelajuan tinggi dan merempuh orang ramai di beberapa lokasi, mengakibatkan tiga kematian dan mencederakan 43 individu.
Selepas merempuh kawasan pejalan kaki dan sebuah kafe di Hauptplatz, Rizvanović keluar dari kenderaan dan menikam dua mangsa sebelum menyerah diri di balai polis.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami